13 Mei 2012

Malaysia juara hoki remaja Asia

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan kemarau kejuaraan selama 20 tahun hoki Piala Remaja Asia apabila berjaya menewaskan kuasa besar hoki dunia iaitu Pakistan 2-1.

Kecemerlangan penjaga gol Malaysia sebelum ini berterusan dalam perlawanan akhir ini apabila berjaya menafikan peluang pemain-pemain Pakistan dari menjaringkan gol.

Debaran menyaksikan perlawanan ini seolah-olah melihat final melibatkan pasukan The Red Warriors.Tahniah buat semua pemain-pemain remaja Malaysia kerana menjuarai kejohanan ini.

Tiada ulasan: