16 Apr 2012

Mengapa slot Masa Tambahan Astro Arena tak siar sedutan perlawanan Kelantan?

Tertarik dengan komen rakan-rakan penyokong bolasepak The Red Warriors mengenai Slot Masa Tambahan Bolasepak yang disiarkan oleh pihak Astro yang tidak menyiarkan sedutan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan menentang T.Team.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung disaluran Astro Arena 801 pada jam 1.30 tengahari semalam.Kecewa kerana ingin melihat sedutan perlawanan serta gol menarik yang dijaringkan oleh Nurul Azwan tidak disiarkan oleh pihak Astro walaupun sudah menontonnya melalui berita nasional RTM1 pada 12.30 pagi ahad lalu.


Apa yang dapat dilihat seolah-olah pihak Astro sedang menafikan hak penyokong-penyokong Kelantan yang membayar langganan bulanan  sekurang-kurangnya RM 37.95 sebulan tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

Pengulas serta bekas pemain kebangsaan Azlan Johar yang sekarang berkhidmat dengan Astro juga dilihat 'serba salah' ketika mengendalikan rancangan tersebut ekoran tindakan pihak Astro yang tidak menyiarkan sedutan perlawanan Kelantan yang mungkin boleh dianggap satu dikriminasi terbaru kepada Kelantan.

Andai ini berterusan penyokong-penyokong Kelantan boleh mengambil keputusan untuk memboikot Astro dengan melancarkan kempen boikot secara besar-besaran atau apa sahaja yang boleh mengugat Astro.

Desas-desus terbaru juga mengatakan Kelantan bakal dipotong lima mata serta denda atas sebab-sebab yang tidak diketahui.Mungkin pihak FAM sedang mengkaji kesemua perlawanan liga super yang melibatkan Kelantan musim ini dan sedang mencari kesalahan-kesalahan yang dilakukan bagi menghukum Kelantan serta menafikan Kelantan dari bergelar juara.

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataannya melalui facebook berharap penyokong tidak percaya pada khabar angin tersebut dan perlu mengikut undang-undang yang betul bagi menangani apa jua isu yang melibatkan pasukan Kelantan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lain mcm saja Astro sejak akhir2 ni, dah la asyik siar game melibatkan Lion saja, satu jln terbaik, jgn pergi stadium bila bermain di tempat lwn, sbb hasil sudah tentu pihak tuan rumah yg dapat lebih, selama ini bila game melibatkan kelantan byk bagi sumber kewangan kepada FAM..kita boikot..hanya game di Kelantan saja kita penuhkan stadium untuk menyokong kewangan team TRW.

Tanpa Nama berkata...

Kita sedar dan insaf apa tujuan sebenar pehak media bertindak sedemikian, kita serahlah perkara ini kepada kebijaksanaan masyarakat untuk menilainya. Saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan dimana saja tuan2 berada saya cadangkan kita tubuh satu jawatankuasa khas untuk memungut sejumlah dana bagi tujuan menjaga kebajikan dan mempertahankan TRW daripada menjadi mangsa kepada sesetengah pehak yang ingin melihat kehancuran sukan bolasepak di negeri Kelantan yang kita sayangi ini.Tugas kita yang pertama ialah kita akan menentang habis habisan jika benar khabar2 angin yang mengatakan SSMIV akan digantung dan lima mata akan di potong dari pasukan kita TRW. Cuba kita fikir dimana lojiknya KAFA yang mempunyai kakitangan hanya seramai 25 orang dan pula ia bukannya satu instituasi keselamatan dapat mengawal 20,000 orang penuntun yang merusuh di luar stadium,kita sedar perlembagaan FAM mengatakan tanggungjawab keselamatan terletak di bahu tuan rumah, tapi lojik akalnya mampukah KAFA bertindak mengawal penonton seramai itu. Apakah ianya satu tindakan yang adil dengan mendenda KAFA yang jelas dia tidak mampu melaksanakannya. INGATLAH KEZALIMAN BUKAN DI CIPTA UNTUK MAANUSIA

Tanpa Nama berkata...

Kalau benar astro tak minat menyiarkan siaran langsung melibatkan pasukkan kelantan setelah tsam dihukum oleh fam, maka aku sebagai rakyat kelantan bercadang ingin memotong astro untuk sementara waktu sehinggalah keadaan berubah.

Tanpa Nama berkata...

Set kita org Kelate setara mana kita benci ke Astro pon kita jangan marah ke pengulasnya seperti Azlan Johar dan Zainalabidin Rawof, kita yakin mereka berdua ini bersimpati dengan kita, tapi apa boleh buat nak jaga periok nasi boh....

LAMAN ASHAARIO ADVANCE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Bersatu kita semua rakyat dan penyokong kelantan. Boikot astro dan gantung langganan kita. Kita sebagai pengguna ada hak. Jadi jika hak kita diabaikan, gunakan hak kita untuk mengajar mereka (astro). Ayoh bertindaklah segera biar kita lihat berapa keuntungan astro bulan ini.

Tanpa Nama berkata...

SOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONGSOKONG (200x)

Tanpa Nama berkata...

Ambo stju bnar!xda apo nk ku kato,darah kte darah pwira!anok qlate kaun krbat,ikatan rapat tlus iklas! Jge wie muko kokre.

Anak Pasir Mas berkata...

Kata menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Seri Dr Rais Yatim program sukan di negara ini tidak boleh di monopoli oleh satu syarikat penyiaran sahaja. Rakyat tertanya2 bagaimana stesyen penyiaran seperti TV3 dan RTM tidak mendapat hak penyiaran khususnya program2 sukan sedangkan kita semua tahu kedua2 stesen penyiaran ini mempunyai kepakaran yang cukup dari segi tenaga dan kewangan. RTM misalnya tidak mampu menyerap tekanan dari pehak syarikat penyiaran swasta yang lain di dalam membuat keputusan untuk menyiarkan sesuatu perlawanan secara live, Maka kita memohon kepada pehak kerajaan agar kemonopolian rancangan2 sukan oleh satu syarikat penyiaran mesti di hentikan.Kita juga merasa hairan bagaiman sebuah stesen penyiaran swasta mendapat 100 peratus hak penyiaran sedangkan kita ada lagi RTM atau TV3 umpamanya Kita sedar ia melibatkan elemen2 dan unsur2 penajaan, tapi ini bukannya menjadi alasan untuk sesuatu syarikat penyiaran untuk memonopoli sesuatu program...