14 Apr 2012

Mampukah TRW kejar LIONS XII?

Hari ini adalah 'penutup' pusingan pertama Liga Super bagi pasukan Kelantan.Kelantan kini menghuni tangga kedua liga setelah 'dipintas' pasukan pendatang LIONS XII.

LIONS XII yang bermain cemerlang dalam lapan perlawanan sebelum ini belum lagi mampu dikalahkan oleh mana-mana pasukan kecuali pasukan Kelantan dan Terengganu.


Walaupun Kelantan mempunyai kelebihan tiga perlawanan berbanding LIONS XII yang terpaksa 'mempercepatkan' perlawanan kerana pasukan bawah 22 tahun mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan.Kelebihan tiga perlawanan ini bukanlah tiket untuk Kelantan berasa selesa kerana lawan Kelantan dalam perlawanan selepas ini adalah Kelantan bakal bertemu T.Team dua kali dan LIONS XII.

T.Team yang telah mengalami kekalahan dua kali berturut-turut sudah pasti akan bangkit dalam perlawanan dengan Kelantan hari ini dan seterusnya menyukarkan misi Kelantan untuk merapatkan jurang mata.

Lions XII yang mengumpul 33 mata sekarang dilihat agak sukar untuk dipintas oleh mana-mana pasukan kecuali Kelantan kerana mereka sentiasa bermain cemerlang dan pemain-pemain muda mereka ternyata memanfaatkan peluang yang ada bagi memastikan Lions XII kekal menguasai Liga Super.

Harapan penyokong-penyokong Kelantan dan Malaysia amnya agar The Red Warriors mampu melakukan sesuatu agar dominasi pasukan pendatang ini berakhir.Kita tidak mahu Piala Liga menyeberangi tambak Johor musim ini.

2 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Insya Allah boleh......
Sama-sama lah kita berdoa.

kelatefc the red warriors berkata...

arap2 gtulah..xse bui piala kito ko negara asing