19 Feb 2012

Kelantan mara ke pusingan kedua Piala FA 2012

Kelantan akhirnya mara ke pusingan kedua Piala FA apabila berjaya menumpaskan pasukan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad.

Kemenangan tersebut bukanlah semudah yan disangka apabila Sarawak memberikan tentangan sengit sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Yusof Karim.

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra pada minit ke 32 dan Norfarhan pada minit ke 90 perlawanan.

Fakta menarik dan tak menarik tentanng perlawanan Kelantan dan Sarawak :
  1. Pemain import terbaru Kelantan 'didera' oleh Peter Butler sehingga 'mengaku' kalah dan  beberapa kali minta ditukarkan(GHADDAR masih Yang Terbaik).
  2. Pemain import tempatan lebih menonjol dari import luar negara iaitu Indra Putra dan Norfarhan yamg telah menjaringkan dua gol penting untuk Kelantan.
  3. Pemain pertahanan,Zamri Ramli yang dimasukkan mengatikan Aziz bermain cemerlang berbanding sebelum ini.
  4. Pertahanan Kelantan dilihat masih longlai walaupun mendapat sentuhan bekas peman 'kebangsaan pertahanan Nigeria'.
  5. Kecederaan lutut yang dialami oleh Norshahrul merungsing TRW kerana import yang dipilih belum menepati kriteria yang diperlukan seperti yang dinyatakan oleh TSAM.
  6. Obinna menyelamatkan gawang Kelantan apabila mengeluarkan bola setelah melihat Shahrizan telah tertewas.
Tahniah buat pasukan Kelantan kerana berjaya mara ke pusingan kedua,lawan Kelantan kali ini dilihat mudah, namun sikap sambil lewa  terhadap lawan patut dikikis kerana ianya bakal mengundang padah.

    1 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    nak tengok player kena kutuk kaw2 amik mudah la ngan kl nanti..tengok la padahnya nanty

    nik