28 Feb 2012

Hangatnya bolasepak Kelantan

Peter Butler tinggalkan The Red Warriors...Gelanggang AFC beralih ke Bukit Jalil
 
Jika Pasukan lain sedang membuat persediaan rapi untuk meneruskan saingan liga super yang sedang berehat,bagi pasukan Kelantan hangat dengan isu-isu yang membuatkan penyokong-penyokong The Red Warriors tak senang duduk.

Isu Ketua Jurulatih Kelantan Peter James Butler yang 'direhatkan' gara-gara memberi kenyataan terbuka menempelak KAFA dengan mengatakan beliau tidak mengetahui tentang pemilihan pemain import terbaru Kelantan iaitu Nwoha mewarnai bolasepak Kelantan.sebelum ini ramai yang mempertikaikan keputusan KAFA menerima kembali jurulatih kelahiran England tersebut.
Kedua-dua pihak sebelum ini berbalas kenyataan melalui media dan dikhabarkan KAFA dan Butler mengadakan pertemuan hari ini yang menyaksikan KAFA dan Butler mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak lebih awal.Tugas Butler sudah pasti bakal diisi oleh CEO ARMY yang baru,Bojan Hodak yang telah memulakan tugas beliau melatih pasukan Kelantan.


Penyokong-penyokong Kelantan juga menerima berita yang kurang menyenangkan apabila terpaksa berputih mata untuk menyaksikan The Red Warriors beraksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dalam pertandingan Piala AFC.Jawatankuasa pertandingan yang memeriksa gelanggang perlawanan tidak meluluskan SSMIV digunakan dalam perlawanan pembukaan Piala AFC nanti.

Kelantan bakal menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mengantikan SSMIV.Perubahan venue ini sudah tentu menjadi khabar gembira buat penyokong-penyokong TRW yang berada dilembah Klang.Harapan agar penyokong-penyokong dapat memberikan sokongan padu kepada Kelantan nanti.

Selepas ini kita tidak mahu lagi bolasepak Kelantan 'bergocok' lagi andai jurulatih baru gagal merencanakan kemenangan buat Kelantan.Selamat tinggal Peter Butler,Selamat datang Bukit Jalil...Kami akan gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil nanti,tunggu kami disana Navibank!!!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi pendapat orang rendah ilmu ini adalah dari desdakan penyookong yang banyak sangat, kadang2 kafa tidak sepatutnya mengeluarkan isu dalaman kpd pihak luar dan sesiapa yang jadi pegawai kerajaan atau parti pasti tahu terma kerahsiaan, dan saya pasti KAFA telah buat sesuatu dan sekarang adalah masa untuk penyokong membuat sokongan yang hebat bukan untuk menyalahkan sesiapa, bagi saya TSAM disalahkan atas kapasiti ahli politik iaitu ahli UMNO sebab budaya orang kita tgk UMNO adalah korup tidak kira baik atau sebaik mana ditunjukkan pasti digelarkan korup, tidak seperti ahli pihak pembangkan, bagi saya , TSAM sudah membuat tindakan baik dengan menyalur maklumat kepada ahli sebanyak mungkin dan ada beberapa maklumat bagi saya tidak perlu diketahui umum terutama isu pengambilan jurulatih, isu dalaman dan juga penerangan pelbagai isu dalaman, dan bagi saya bukanlah untuk sy menyokong segala usaha TSAM tapi sy pernah mendengar nasihat dari orang tua saya, sejahat mana orang tgklah kebaikannya, jika kita bagi pada orang bukan umno pegang dan berlaku seperti ini adakah penyokong akan bertindak seperti ini? saya harap semua penyokong jangan melihat TSAM sebagai ahli UMNO tpi lihat sebagai presiden KAFA, dan saya pasti TSAM tidak akan pegang lama jawatan dan bagilah peluang pada TSAM utk dia kukuhkan jenama the red warrior dan seterusnya pegganti beliau buleh meneruskan delegasi tersebut, kita bersyukur sebab kelantan sudah mengikat banyak penaja..dan moga TSAM kurangkan penyelitan dalam hal jurulatih, tpi saya sentiasa postif jika berlaku masalah pada trw dan ramai juga kawan2 saya tny kenapa dan jawapan saya mudah "tidak ada satu yang sempurna" , biarlah kafa selesaikan kemelut, saya penyokong harap yang terbaik, kalah dan menang adat pertandingan, tidak boleh menang sokmo dan kalah sokmo, biarlah kita mendoakan sahaja yang kafa boleh menjalankan tanggungjawab, ini komen dari diri saya yang tak berapa nak ada ilmu harap maafkan saya jika terguris dan SAYA TIDAK MENYOKONG TSAM DALAM SEGALA HAL TAPI SAYA MENYOKONG KAFA...KAFA MILIK RAKYAT KELANTAN BUKAN MILIK UMNO ATAU PAS

Tanpa Nama berkata...

kemahhh...hok tu la sepattnyo..TSAM sepautunyo lebih pro dalam menjalankan tugas..malahan di pihak kafa perlu lebih profesional dalam mentadbir kelab...tak semua yg TSAM buat salah..pihak pengurursan perlu bersifat terbuka..jgn hanya kerana politik mereka mencampuri urusan pemain dan jurulatih...kelantan telah kehilangan beberapa player import berbakat semasa selection...tp kenapa player itu tidak dipilih mewakili kelantan??apabila negeri lain ambik sudah nampak kehebatan player tersebut..kan sudah rugi..next time cuba cari player yang agak ligat,fit dan pantas mengejar bola..bukan berat bumper nak berlari...hehehhehe...ambo sokong tetap ambo sokong kelate..tp komen ttp ambo komen..sebab kita manusia xpernah perfect!!