8 Jan 2012

Dengarlah luahan kami...

Ekoran kekalahan Kelantan kepada Negeri Sembilan  dalam perlawanan pembukaan Liga Super merebut Piala Sumbangsih semalam banyak komen-komen dari penyokong-penyokong TRW.

Kami penyokong-penyokong TRW bukanlah hendak bersikap kurang ajar apa lagi hendak memperkecilkan kebolehan pemain-pemain,jurulatih serta pengurusan KAFA tetapi kami mahukan perubahan drastik dari KAFA dengan membuat 'post mortem' kekalahan kepada Negeri Sembilan semalam.



Kami tidak mahu pemain-pemain bintang hilang taringnya akibat kesilapan yang kecil yang boleh diperbaiki tetapi tidak diambil peduli oleh pihak pengurusan.KAFA boleh membuat rujukan ataupun penilaian berdasarkan komen-komen dari penyokong-penyokong.

Kita akui bahawa ada komen-komen dari penyokong ada yang keterlaluan dan menguris hati pemain,jurulatih serta pihak pengurusan.Adat permainan ada kalah dan menang,tetapi jika kita kalah dalam keadaan memalukan dengan pemain-pemain dilihat tiada semangat untuk melawan sudah tentu ianya menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong.

Kami berharap selepas ini KAFA lebih peka dengan komen-komen yang diberikan.Ketahuilah bahawa dikalangan penyokong-penyokong TRW ada yang mempunyai pengetahuan serta kebolehan dalam mengatur strategi dan boleh menilai kelemahan pasukan kerana sering didedahkan dengan liga luar negara seperti Liga Perdana Inggeris yang jauh lebih kompetitif berbanding liga Malaysia.

Antara komen-komen dari rakan laungan TRW blog ini yang sempat disiarkan :

yuyu: Sayangnya TRW tidak dpt membaca kelemehan team sendiri masa lwn dgn indon cara pemainan spt ini juga blaku tp hasilnya hampeh., Ayuh TRW anda semua boleh bangkit kami percaya kpd pasukan kesayangan kami, masa masih panjang .


zek: kalu masih dok timbang2 lagi.. tunggula makin parah..baru nak gugur...alamak sudah lambat... pastu kena gulai ...NASIHAT AKU KPD PENGURUSAN KAFA TAMATKANLAH KONTRAK IMPORT DAN COACH TU.. KITA DOH BAGI BANYAK PELUANG DOH... HAMPEHHH DAN DOK MENYAKINKAN...

TRW: bg kawe gaddar tu ok...antwi tu muda sgt, main lbh kure aris zaidi jah...langgar ore jah keje dio...kalut xdok skill, ni liga kompetatif bkn liga kampung nk bg masa lama2 nk bentuk skill, spo masuk liga kompettif kna main pd taraf dia la...buke nk blatih.


Fujimiya Agul: 2 jah boh main MSL, 2 ekor lagi main kat AFC...Kelate kena byk buat serangan & long pass, jgn main short pass kalu kita x cukup rajin nak hambat bola & x hunga laju....


yuyu: Duk asyik nak cari import penyerang sehingga lupa pd defend kita yg teruk dapat pulak penyerang yg teruk rugi.rugi. kepada pemain kelate jgn ambik hati terhadap kritikan2 kami kalu xnak keritik pg main dgn pasukan kl yg xde penyokong kah.kah.kah


yuyu: zahasmi nok naikkan budak2 presiden dia , pertahanan tak cukup inci kembalikan roya dan chanturu

yuyu: taktikal yg paling hampeh disajikan oleh TRW , hantaran jauh dan tak tepat , pemain pertahanan yg kalut , kembalikan corak 2011..


raja jembal: zamri ramli bare reject buleh masuk main lagi roya chanturu pas mno antwi ngan ghddar dok gotey kuat..out game male nih

1 ulasan:

gedegang berkata...

ts..amik iktibar game semale...kito xleh gaduh tukar taktik baru...kekal smula awok2 2011...import kito buat malu trw jah...kalu mene lgu tu pemain tempatan jah pade kito main...jgn smpai penyokong trw terus menyepi...kembalikan semula semangat bola trw...insyaallah kito buleh berjayo