4 Jan 2012

Bukit Jalil rumah kedua Kelantan

Keputusan FAM untuk memindahkan venue perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan Juara Liga Super Kelantan dan juara Piala Malaysia Negeri Sembilan ke Stadium Bukit Jalil sebenarnya tidak memberi kesan kepada pasukan Kelantan kerana Bukit Jalil boleh dianggap 'stadium kedua' kerana Kelantan sudah kerap kali beraksi disana.
Penyokong-penyokong setia TRW akan berada dimana sahaja.

Masalah penyokong-penyokong juga tidak menjadi masalah kerana Kelantan mempunyai bala tentera sendiri yang tinggal disekitar Lembah Klang.Perlawanan persahabatan diantara Kelantan dan Maldives tempohari menyaksikan kebanjiran ribuan penyokong-penyokong setia TRW walaupun KAFA mengenakan tiket RM10 untuk tempat duduk terbuka manakala astaka RM20.

Mungkin penyokong-penyokong Kelantan dibumi sendiri sedikit kempunan untuk melihat aksi sebenar pemain-pemain kerana sebelum ini kita disajikan dengan permainan kurang konsisiten dari pasukan Kelantan.

Terima kasih kepada Astro kerana akan menyiarkan sisran langsung perlawanan tersebut dan ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada penyokong-penyokong setia yang tidak berkesempatan ke Stadium Bukit Jalil sabtu ini.

Perlawanan tersebut juga dijangka lebih meriah kerana penyokong-penyokong Negeri Sembilan sudah pasti akan sama-sama memberikan sokongan kapada pasukan mereka kerana lokasi Stadium Bukit Jalil berdekatan dengan negeri mereka.Ini menjadikan perlawanan tersebut dilihat betul-betul seperti perlawanan merebut Piala dan bukan perlawanan biasa.

Mungkin selelpas ini FAM boleh membuat perubahan peraturan Piala Sumbangsih akan diadakan di Stadium Bukit Jalil atau venue berkecuali dengan pasukan yang menyertainya.

Oleh itu tiada alasan untuk Kelantan gagal merebut Piala Sumbangsih ini kerana sokongan padu dari penyokong-penyokong setia sudah pasti akan mengiringi mereka.

Tiada ulasan: