7 Dis 2011

Dari facebook TSAM :Mutu liga M lebih baik dari Indonesia

Aneh...Pemain Msia masih 'sibuk' beridaman menyertai Kelab Indonesia...sedangkan pendaftaran Pemain liga M akan di tutup esok..lebih Aneh bila Kelab tersebut punya mutu lebih rendah dari pasukan liga M Dan terbaru di fahamkan TERSENARAI DLM KELAB YG TERKELUAR DARI LIGA YG SAH LANTARAN KEMELUT POLITIK DALAMAN LIGA NEGARA TERSEBUT...
Pemain yang dimaksudkan oleh TSAM sudah tentu pemain Kedah,Baddrol Bakhtiar yang dilaporkan oleh akhbar tempatan sedang melakukan perbincangan dengan pasukan negerinya untuk berhijrah ke Pelita Jaya atas nasihat Safee Sali.
Beliau juga minta dilepaskan lebih awal walaupun kontrak beliau akan berakhir tahun hadapan dengan pasukan Kedah.
Andai benar dakwaan yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa lebih baik pemain yang sekarang bermain dengan Pelita Jaya,Safee Sali pulang bermain di Malaysia kerana liga negara dilihat akan lebih kompetitif tahun hadapan dengan kemasukan pemain-pemain import serta 'pasukan bawah 23 tahun singapura'.

2 ulasan:

negro melayu berkata...

adui sedih player malaysia...$$$$

sungguh luar biasa berkata...

peristiwa yang luar biasa