12 Okt 2011

Chikondi Mplula wakili Kelantan musim depan?

Chikondi Mplula dikhabarkan telah menarik perhatian KAFA dengan aksi pertama beliau ketika perlawanan persahabatan menentang Songkla FC.Beliau adalah penjaring tunggal ketika Kelantan kalah kepada Songkla 3-1.

Namun beliau perlu menjalani beberapa lagi ujian sebelum diambil untuk mewakili Kelantan musim depan.Gandingan beliau dengan Norshahrul pasti menjanjikan persembahan menarik kerana kedua-dua mereka mempunyai skil tersendiri.

Seorang lagi pemain import yang menarik perhatian penyokong-penyokong TRW adalah Jocip dari Croatia yang telah menunjukkan aksi konsisten dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini dan dijangka mengisi posisi pertahanan Kelantan.

Semuanya terletak pada keupayaan mereka dalam perlawanan persahabatan yang akan diaturkan oleh pihak KAFA sebelum disahkan untuk mewakili Kelantan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawe sokong bagi masa pada pemain muda malawi ni,tgk dua tiga perlawanan lagi..muhammadou dulu pun lebih kurang chikondi main pandai cari peluang tapi xleh jaring gol n apabila d beri masa dialah penjaring hebat kelantan..sebenarnya chikondi memerlukan keyakinan dn keserasian,kalau dh dpt kedua2 2 saya yakin dia akan jadi penjaring gol yg hebat kelantan,try dulu ..