13 Okt 2011

Bekas bintang negara soal status pengadil

INSIDEN dan drama 'Perang Timur' antara Kelantan dan Terengganu dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu - yang menyaksikan lima kad merah dan 13 kad kuning dilayang - perlu diselesaikan bagi mengelakkan kemeriahan Piala Malaysia terjejas.


Tindakan ‘beremosi’ pengadil yang difahamkan bilangan kad paling banyak pernah dilayang dalam satu perlawanan Piala Malaysia sejak 1921 turut melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan penggiat serta peminat bola sepak tempatan.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berpendapat seseorang pengadil itu perlu ‘penyelidikan awal’ berkaitan pasukan dan profil perlawanan sebelum turun menjalankan tugasan.

“Pengadil perlu pandai mengatasi situasi terutamanya apabila perlawanan membabitkan pasukan yang sentiasa mendapat perhatian ramai seperti Kelantan dan Terengganu.

“Saya tidak menonton perlawanan itu dan saya tidak tahu mengenai kejadian itu tapi saya tidak mahu ia berterusan kerana tidak mahu ‘prestij’ bola sepak negara akan terjejas. Berdasarkan pengalaman saya, lima kad merah dalam satu perlawanan adalah sesuatu yang mengarut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Mat Zan Mat Aris mahu semua pengadil perlawanan saingan Liga Malaysia mempersiapkan diri dan perlu memastikan mereka betul-betul berkelayakan mengadili perlawanan.

“Kita tahu FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) ada senarai pengadil bertauliah namun pengadil itu sendiri perlu pastikan mereka layak mengadili perlawanan,” katanya.

Bharian

p/s : Ada benar telahan yang dibuat oleh Dollah Salleh,lima kad merah dalam sesuatu perlawanan adalah mengarut dan tak masuk akal.Jika seseorang pengadil itu dapat mengawal permainan dari awal lagi insiden layangan lima kad merah serta 10 kad kuning tidak akan terjadi.


Keberanian Dollah SAlleh dalam isu ini harus dipuji kerana ramai jurulatih yang sudah 'serik' untuk mengeluarkan kenyataan panas kerana takut dihukum oleh FAM.


Bagi penulis pengadil sebenarnya telah 'gagal' untuk mengadili perlawanan 'panas' ini sehinggakan insiden ini terjadi.Jadi fikir-fikirkanlah...cuba perbetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

4 ulasan:

nazulfireblade berkata...

yang sebaiknya kita ambil juga ulasan dari si -nafeez tu .baru adil

nazulfireblade berkata...

yang sebaiknya kita ambil juga ulasan dari si -nafeez tu .baru adil

Tanpa Nama berkata...

Pengadil bolasepak di Malaysia ini terlalu kebal, menegur mereka bererti menempah maut

Husaini berkata...

Kalu FAM x bulih @ pantang dikritik, maka lbh baik lupakan sja hasrat rakyat Msia utk mningkatkn mutu rangking bolasepak d psada dunia apatah lg d rantau sini.Mana mungkin kita nk buat tranformasi sdangkn kita x tau klemahan kita.Pd saya,mutu pmainan pmain d negara kita lebih baik drp mutu pengadilan pgadil FAM..Buangkn sikap ego kita