4 Jun 2011

Tahniah K.Rajagopal...

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada K.Rajagopal kerana telah dianugerahkan gelaran Pingat Jasa Negara(P.J.N)oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sempena hari keputeraan Beliau hari ini.

Anugerah tersebut diberikan kepada Datuk K.Rajagopal kerana kejayaan skuad kebangsaan memenangi kejuaraan Piala AFF tahun lalu.

Semoga dengan penghargaan ini dapat memberikan perangsang kepada beliau agar lebih berusaha dalam menempatkan Malaysia di mata dunia dalam bidang bolasepak terutamanya dalam kempen kelayakan Piala Dunia nanti.

Tiada ulasan: