Piya yakin Red Warriors calon paling layak julang Piala FA musim ini
KAPTEN skuad Kelantan, Mohd Badhri Rahdzi sudah melihat satu sinaran baru betapa pasukannya kini berada dalam landasan terbaik untuk mengungguli lebih daripada satu trofi, musim ini.
Dengan kedudukan selaku pendahulu Liga Super berbekal 44 mata - walaupun seri 2-2 ketika menentang Harimau Muda A di Shah Alam, kelmarin - pemain berpengalaman itu beranggapan The Red Warriors memiliki segala ramuan buat mencipta gemilang di bawah pengendalian Datuk M Karathu.
“Kami sudah pun berjaya menjulang Piala Sumbangsih awal musim ini. Saya rasa musim ini menjadi musim terbaik kepada Kelantan untuk terus merangkul gelaran tambahan, termasuk Piala FA dan Liga Super.
“Kejayaan layak ke final Piala FA (11 Jun ini) menjadi satu lagi petanda baik kepada kita untuk melihat Kelantan menjulang baki kejuaraan dalam liga tempatan (Piala Malaysia, Piala FA, Liga Super). Namun ia perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat,” katanya yang lebih dikenali dengan panggilan Piya.
Esok, Kelantan akan bertemu T-Team di tempat sendiri dan pemain itu jelas ghairah mahu membimbing rakan sepasukan merakamkan kemenangan penting di hadapan penyokong setia.
Ketika disentuh mengenai peluang pasukannya pada final Piala FA, Piya yang mula menyertai Kelantan sejak 2009 lalu berkata kejayaan menumpaskan Selangor dengan jaringan besar di separuh akhir lalu jelas menunjukkan kesungguhan semua pihak untuk melihat The Red Warriors menjulang lebih banyak kejuaraan dalam satu musim.
“Saya masih beranggapan peluang Kelantan dan Terengganu masih seimbang, 50-50 tetapi kami perlu berwaspada dengan ancaman mereka terutama jentera serangannya yang begitu konsisten dalam pemburuan gol musim ini,” katanya.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
Bharian
7 ulasan:
Jange tlalu yakin boh..takut make diri..sbgai perbandingan kito tngok result lwn Harimau la..teganung mng 2-1..tapi kito? Mujo seri boh
Insyallah DYTM Tengku Mahkota akan mencemar duli bersama-sama kita menonton perlawanan dengan T Team esok, sokongan DYTM Tuanku amat berharga buat TRW - JUNJUNG KASIH TUANKU
KHABARNYA DYTM TENGKU MAHKOTA akan turun menyaksikan game dgn 'T' Team mlm esok, utk itu saya mohon KAFA dapat bekalkan Tuanku dengan baju/jersi yang sesuai dan berkualiti
Kekadang keyakinan ini penting sebagai motivasi utk membuat kita berjaya... Bila Pasukan mampu berkata2 dan kita harap pasukan kita akan berusaha utk merealisasikan....
suara nada melawan yakin itu yang kita hendakkan.lagu BARISAN KITA dinyayikan beramai-ramai;sebelum kita berjaya,jangan harap kami pulang;ini lah sumpah pendekar kita'sering dinyayikan apabila kita menang,lagu ini adalah teamwork,teamspirit,karisma ada dipihak kita.
belawok...demo xnapok gapo2 pun...kecek jah lebih...main xleh gi mno doh...
kecek agah.main keno jd okla.keno xjd xtau gapo.nok ore panggil main malaysia rano.consistency xdok lgsg.too obvious!game kalu main live jd koya star.
Catat Ulasan