11 Mei 2011

Bakar bendera Kelantan...siapa yang tak bertamadun sebenarnya?

Tak bertamadun dan biadap(gambar dari Blog Rizal Hashim)
Alahai Jang buat lagi...memang jenis tak boleh menerima hakikat bahawa pasukan mereka lemah...lemah selemahnya.Hajat hati nak tumbangkan The Red Warriors tapi diri sendiri yang nak tumbang...mujur lah penjaga garisan 'low class' yang tolong kalau tidak memang Jang dah tersungkur di Paroi semalam.


Penyokong-penyokong Negeri Sembilan ni jenis yang tak boleh menerima hakikat jadi awal-awal lagi mereka dah prepare bawak bendera KELANTAN...tujuannya untuk dibakar serta cuba memprovokasi penyokong-penyokong Kelantan.

Tengok TV3 tadi serta baca blog-blog rakan TRW memang aku geram segeramnya...Bendera negeri aku dibakar..cuba kau bakar bendera Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV...aku rasa memang tak jumpa jalan nak keluar Stadium,mahu lembik ko dikerjakan wahai penyokong-penyokong dayus Negeri kurang satu nak jadi sepuluh.

Kita harap FAM dapat menyiasat insiden ini serta keseluruhan perlawanan tersebut kerana seolah-olah ada unsur-unsur sabotaj dan sengaja ingin menjatuhkan pasukan Kelantan.Tindakan penjaga gol Negeri Sembilan yang menyepak serta menampar pertahanan Kelantan S.Subramaniam juga harus di siasat seperti FIFA ingin menyiasat FAM.

3 ulasan:

Tepi Sungai Batu berkata...

Orang baru keluar dari hutan.....

Unknown berkata...

Perlawanan the red warrior vs n9 dicemari pengadilan yg tidak bermutu..FAM harus sedar perkara ini..jika mutu bolasepak ingin terus maju...FAM harus adil kepada semuo persatuan bolasepak negeri dibawah naungannya..setiap incident mesti disiasat secara telus...jgn pilh bulu..

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu, tgk apa yg terjadi smp skrg isu ni diam tanpa bicara dr pihak berwajib. bayangkan perilaku sebegini oleh fans kelantan. muka depan akhbar, tajuk utama berita etc semestinya hangat diperkatakan oleh makhluk2 dua alam. yg hanya tau menuding jari kpd fans kelantan. kita semua sama. ape yg perlu utk mengubat hati yg lara ini adalah berdiam. teruskan perjuangan red warriors. dtg cara baik kita sambut 10x baik, dtg cara jahat kita sambut 1000x jahat. penindasan, diskriminasi..dipersilakan.