KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong ada pandangan yang tersendiri berhubung perpindahan penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali ke kelab Indonesia, Pelita Jaya.
Bagi Zolkples, beliau lebih suka sekira- nya Safee beraksi dalam saingan Liga Jepun ataupun Liga Korea Selatan memandangkan standard liga tersebut lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan Liga Indonesia."Secara peribadi, saya lebih suka jika Safee beraksi bersama salah sebuah kelab di Jepun ataupun Korea Selatan kerana di sana standard liga mereka lebih tinggi jika dibandingkan dengan Indonesia.
"Pasukan kebangsaan Indonesia pun tidak jauh bezanya dengan Malaysia. Jadi... saya tidak rasa dia (Safee) akan dapat banyak manfaat sekiranya beraksi bersama kelab Indonesia," kata Zolkples ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Sebelum ini, Safee dilapor telah disenaraikan bersama-sama penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagi menjalani sesi pemilihan beraksi buat salah sebuah kelab di Jepun.
Namun semalam, Safee mengumumkan bahawa dia akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya.
Safee, 27, akan menandata- ngani kotrak selama setahun bersama Pelita Jaya pada Isnin depan.
Bagaimanapun, Zolkples menjelaskan bahawa perpindahan Safee kali ini ada petanda positif terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan menganggap ia seba- gai langkah permulaan untuk pemain-pemain lain mengikut jejak langkahnya.
"Mungkin selepas perpindahan Safee ini, akan ada pula pemain-pemain Malaysia yang lain ditawarkan untuk turut beraksi bersama kelab-kelab di luar negara. Siapa tahu?" ujar Zolkples.

5 ulasan:
ada betulnya juga pandangan zolkples..
korea dan jepun lagi hebat bolasepaknya..
tp kita harus menyokong keputusan safree.. mungkin ada hikmahnya dia berhijrah ke indonesia.. ilmu baru yang boleh dipraktikkan..
tp dio pilih liga paling tercorot..itu yg jd kemusykilan...
tp dio pilih liga paling tercorot..itu yg jd kemusykilan...
kalu ikut ranking FIFA, indonesia lagi atas daripada malaysia..mcm mana pulak liga indon lagi corot drp liga malaysia???....safee sali tu bkn tanak pegi main ngan kelab korea atau jepun...masalahnya...kelab jepun atau korea yg tanak tawar safee sali main utk kelab diaorg...just kelab indon saja yg tawar...pastu bagi gaji sampai USD$10K sebulan...sapa tamau beb!!!!
meriah lg liga Indonesia drpd liga kita. Pelita Jaya tu kelab tercorot, tp boleh beli kontrak Safee dan bagi gaji sampai 10kUSD. Liga Indonesia std x pernah kosong.Kelab dia orang byk duit. Sponsor bagus. Apa yg nak dimusykil? Duit punya pasal laa..Usia dah meningkat, perlu fikir masa depan..
Liga J ke K tu tinggi sgt utk Safee..Mungkin satu hari nanti ade la pemain yg dpt bermain di liga tu..Buat masa skrg x de lagi..
Catat Ulasan