Tapi AMAT sedih melihat perangai penonton membaling botol dan bawa bendera parti. Kes semalam sudah pasti KAFA didenda lagi. Saya anggap yang bawa bendera dan baling objek adalah mereka yang sengaja nak sabotaj KAFA dan pasukan.- Tan Sri Annuar Musa
Bagaimana nak mendidik segelintir penyokong kita yang bersikap sedemikian? Tok Guru pun pernah berpesan agar tidak membawa bendera parti ke dalam stadium ketika perlawanan bolasepak. Mungkin kita tidak boleh hanya serahkan mereka ini kepada pihak polis untuk mengambil tindakan, kita sebagai penyokong boleh juga mengambil tindakan agar imej penyokong TRW tidak selalu tercemar.
Info mengenai menyimpan dan memiliki mercun
mereka yang memiliki barangan haram ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967, bagi kesalahan membawa barang terlarang tanpa permit, dan sabit kesalahan pesalah boleh dihukum denda minimum 10 kali ganda nilai barang terlarang yang dibawanya atau penjara tiga tahun.
boleh ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967 kerana memiliki bunga api dan mercun dan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan.
2 ulasan:
kito boleh pakat buat banner. Buat kempen jadi penyokong yang baik.
kalu kito kelih penyokong kito lepar botol.. kito pakat maroh2.. dok pun kito lepar botol ko dio.. hahahaha
Catat Ulasan