29 Nov 2010

Apa dah jadi dengan TRW?

Update: Indra Putra,Nor Farhan dan Azizi Matt Rose berhijrah ke T.Team

Apa dah jadi dengan latihan pertama skuad juara Piala Malaysia 2010 Kelantan yang hanya dihadiri tidak sampai separuh pemain.Pemain-pemain yang diklasisifikasikan bintang juga tidak menghadiri sesi latihan tersebut.

Melihat kepada insiden ini seolah-olah pasukan Kelantan sedang dilanda masalah besar yang bakal merencatkan persiapan B.Sathianathan untuk membentuk sebuah pasukan mantap sebelum bertemu juara liga super Selangor yang sedang rancak membuat persiapan.

Mungkinkah ada lagi masalah yang membebani pemain-pemain atau ada masalah lain yang mungkin tidak dapat diungkai sehingga ke hari ini atau masalah perubahan cuaca seperti banjir yang melanda pemain yang tidak hadir menjalani latihan pertama skuad Kelantan.

Persoalan ini membuatkan penyokong-penyokong setia Kelantan dalam keadaan gundah-gulana kerana memikirkan nasib pasukan kesayangan mereka.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jolo ko boh..keno ejah sedak sek kitow tuuu

kanzunmahfiyyun berkata...

indra, mugo beso g mari.. lompat sana lomsat sini.. paan tu meme doh mugo dio anok ganu.. azizi tu bia lah.. rama lagi defend muda yg berada di luar sana yg berasal dari anok klate..

bia skill kita melangit, bia stail kita ke bumi.. jange perkecil ore kenit, puak2 tu terdampar, terjeruk.. tok soh la kalu napok pitih gak.. terima kasih dan tahniah..

Tanpa Nama berkata...

Ambo nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU untuk pemain no.8 Kelantan - Shakir Shaari dan pasangannya Pengacara Sukan TV1 / Bekas Gimnas Negara - Nurul Fatiha Abd Hamid.. TAHNIAH!!!