Kelantan sekali lagi 'menghampakan' penyokong setia dengan hanya mampu seri 2-2 menentang Negeri Sembilan.Walaupun bermain dengan 10 orang pemain Kelantan sukar mengatasi pemain Negeri Sembilan yang dilihat berkampung dikawasan sendiri.
Mujurlah kepantasan Zairul Fitri menyelinap masuk dan menjaringkan gol 'semangat' untuk merapatkan jurang setelah Kelantan ketinggalan dua gol hasil jaringan Sharuain dan Halim.
Zairul Fitri boleh dianggap wira Kelantan kerana selepas memperloehi gol pertama bola lambungan beliau selepas itu ditanduk masuk Akmal Rizal untuk gol kedua Kelantan.Gol tersebut ternyata dapat memberikan nafas untuk Kelantan melayakkkan diri kepusingan seterusnya.
Mungkin sudah ditakdirkan jika Kelantan berjaya melayakkan diri kesuku akhir lawan yang menanti Kelantan adalah Selangor.Satu-satu pasukan dalam kumpulan yang belum kalah serta dapat mengutip mata penuh.
Hendak tak hendak terpaksalah The Red Warriors menempuh jalan berliku yang dipilih...mungkin ada hikmahnya disebalik rentetan demi rentetan kegagalan pasukan Kelantan dalam kancah Piala Malaysia kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan