10 Okt 2010

Amuk The Red Warriors

 Kelantan meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan KL Plus 4-0 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium MPBJ malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan The Red Warriors yang mengumpul 11 mata mengiringi juara bertahan musim lalu Negeri Sembilan untuk layak ke suku akhir yang muncul juara kumpulan selepas mengumpul 14 mata.

Pada perlawanan tersebut, Kelantan yang beraksi di hadapan lebih 15,000 penyokong setia mereka nyata tidak mengecewakan dengan mempamerkan aksi bertenaga apabila sering kali menguji benteng pertahanan tuan rumah yang di ketuai oleh Nor Hafiz Zamani Misbah.

Bagaimanapun Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi perancang tengah Mohd. Badri Radzi pada minit ke 25.

Gol tersebut memberikan impak buat Kelantan yang terus mengasak kubu lawan sehingga memaksa tuan rumah berkampung di kawasan sendiri.

Peledak sensasi kebangsaan, Nor Sharul Idlan Talhah membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringan gol kedua pada minit ke-35 selepas memperdayakan pertahanan tuan rumah.

Selang lima minit kemudian, Nor Shahrul Idlan mengamatkan suasanan stadium MBPJ apabila menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-40 untuk menutup separuh masa pertama dengan penuh bergaya.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus menggandakan asakan namun gagal menemui penyudah.

Pemain pertahanan Mohd. Rizal Fahmi Rosid melengkapkan malam gemilang Kelantan apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-67.

Kesebelasan Utama

---Khairul Fahmi Che Mat---
-Farisham Ismail-Azizi Mat Rose(Subra)-Rizal Fahmi-Zairul Fitri-
-Farhan-Badri(kahiran)-Shakir-Indra(kp)----
--------Akmal(Hairuddin)---Nor Sharul Idlan----

Pahlawan Merah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masih ada kelemahan!!!!hantaran dr tengah masih tak sewpenuhnya sampai kpd pemain penyerang....byk peluang d siasiakan....terutama d dpn gol.....bbaiki kelemahan secepat mungkin.....lawan kita adalah selangor.....penuh strategi.kalau menjadi kita kenduri gol d shah alam nanti.......