Walaupun pasukan Kelantan hanya dinobatkan naib juara liga super rakyat Kelantan khususnya penyokong-penyokong setia Kelantan amat berbangga dengan pencapaian tersebut.
Di bawah kepimpinan baru yang diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa Kelantan akhirnya berjaya mengukir nama dipentas arena bolasepak Malaysia serta semakin digeruni dan dicemburui lawan.
TSAM berjaya 'mencipta' satu budaya bolasepak luarbiasa untuk Kelantan serta Malaysia sehingga tersenarai dalam Malaysian book of record sebagai pasukan pertama mempunyai jenama barangan dan radio online sendiri.
Kejayaan beliau mendorong badan gabungan FAM yang bersidang kelmarin mencalonkan beliau bergandingan dengan Tengku Abdullah dalam kempimpinan baru.
Idea-idea bernas dari Beliau ternyata amat diperlukan untuk memantapkan FAM yang dilihat sudah tidak relevan lagi kerana faktor pengurusan yang tidak cekap.
Menyingkap kembali kejayaan Kelantan dalam kempen liga super musim ini Kelantan ternyata terlalu ampuh untuk dijinakkan oleh mana-mana pasukan hatta Selangor sekalipun.
Rekod musim ini menunjukkan Kelantan tidak pernah tewas digelanggang lawan serta hanya tewas sekali itupun gara-gara gol 'cuai' dari Syed Adney,jika tidak Kelantan akan menjadi satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas tapi malangnya gol dari bekas pemain Kelantan Azlan Ismail yang mewakili Kedah telah meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan.
Kelantan sebenarnya boleh 'bergelar' juara MSL untuk musim ini tetapi pemain-pemain terutamanya dibahagian serangan agak lambat 'panas' pada awal musim yang menyebabkan Kelantan hanya mampu mencatat keputusan seri dan senario ini menyebabkan Kelantan kehilangan mata berharga begitu sahaja.Kelantan mencatat keputusan seri 0-0 sehingga lima kali dan jika faktor ini diambil kira ternyata bahagian serangan Kelantan gagal dalam menjalankan misi mendapatkan gol.
Apapun kami penyokong setia Kelantan tetap berbagga dengan kejayaan ini dan berharap misi untuk menawan Piala Malaysia tahun ini berjaya dan berharap pemain-pemain Kelantan dapat merealisasikan impian ini serta dapat menawan Stadium Shah Alam yang dijadikan gelanggang akhir Piala Malaysia tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan