Pemilihan FAM telah pun berlalu dan keputusanya ternyata 'mengejutkan' banyak pihak sehinggakan kedengaran suara-suara yang inginkan mereka yang terpilih 'menyertai' kelompok pimpinan tertinggi FAM melakukan kerja dengan penuh komitmen.
Pelbagai cadangan dilontarkan antaranya semua 'pemenang' ketika pemilihan tersebut melepaskan semua jawatan dalam persatuan negeri kerana di khuatiri akan menjejaskan komitmen kepada tugas yang bakal digalas kerana dakwa mereka akan ada masalah jika menguruskan pasukan negeri dan memegang jawatan penting dalam FAM.
Bukankah sebelum ini kita lihat adanya penglibatan individu yang memegang jawatan dalam persatuan negeri tetapi masih dibenarkan mengalas jawatan penting di FAM.Mungkin ini adalah masalah sebenar dalam FAM tetapi dibiarkan kerana penangan kerusi empuk dalam FAM.
Mengapa setelah calon-calon dari Kelantan terutamanya Tan Sri Annuar Musa,Datuk Takiyuddin serta Rosmadi memenangi jawatan yang ditandingi mereka baru-baru ini kedengaran suara-suara sumbang yang mahu mereka melepaskan jawatan dalampersatuan negeri,tidakkah ini menimbulkan keanehan serta seolah-olah ada 'double standard' apabila melibatkan orang Kelantan terutamanya yang menerajui KAFA.
Apa yang diharapkan selepas ini akan ada perubahan ketara dalam FAM kerana kepercayaan yang diberikan gabungan persatuan-persatuan sukan di Malaysia pada kongres FAM lepas cukup membuktikan bahawa mereka mahukan perubahan ketara dan harapan ini disandarkan pada kebijaksanaan dua Timbalan Presiden FAM yang baru iaitu Tengku Abdullah dan TSAM.
Kejayaan TSAM membawa pulang piala Thomas kedakapan Malaysia ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan mungkin dilupakan rakyat Malaysia serta kejayaan menerajui pasukan Kelantan dengan menjadi naib juara Piala FA,Naib Juara Piala Malaysia dan terbaru Naib Juara Liga Super walaupun baru dua tahun memimpin KAFA
Bersandarkan kejayaan tersebut kita berharap idea-idea beliau mampu merancakkan kembali liga Malaysia yang suram dan sekurangnya-kurangnya Malaysia dapat bersaing diperingkat Asia.
Apa yang pasti pemain-pemain import mungkin akan dibenarkan kembali bermain dalam liga Malaysia bagi meningkatkan mutu pemain-pemain Malaysia kerana mereka dapat bersaing dengan pemain-pemain import dan secara tidak langsung membolehkan mereka membiasakan diri bermain dengan pemain luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan