Itulah ungkapan yang lahir dibibir peminat-peminat Kelantan setelah tamatnya perlawanan melibatkan Kelantan dan Selangor di stadium Shah Alam semalam.
Perlawanan tersebut juga dipancarkan melalui siaran langsung yang dibawakan oleh pihak Astro dan disaksikan oleh jutaan rakyat malaysia.
Pertembungan musuh tradisi ini sememangnya ditunggu-tunggu kerana saingan merebut gelaran liga super semakin hangat dan hanya berbaki empat perlawanan lagi sebelum salah satu pasukan dinobatkan selaku juara liga super 2010.
Kelantan yang turun dengan kesebelasan utama ternyata tidak menghampakan peminat-peminat setia yang sanggup memenuhi sebahagian stadium Shah Alam menenggelamkan sorakan peminat merah kuning seolah-olah Stadium Shah Alam Kelantan yang punya.
Aksi berbalas serangan serta corak permainan pantas ternyata menghiburkan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan dan aksi sebegini jarang kita lihat dalam kancah liga kita sekarang yang semakin hari semakin hambar dek penangan FAM yang tidak mendengar rintihan dan suara dari peminat-peminat yang mahukan perubahan drastik dalam liga negara serta lebih konsisten dalam membuat apa jua keputusan.
Sekali lagi keputusan pengadil dilihat berat sebelah,insiden Badri Radzi yang dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Khairul Anuar Baharom pada minit ke-15 tetapi pengadil sekadar meneruskan perlawanan padahal secara terang-terang kesalahan itu berlaku tidak jauh dari pengadil.
Ini menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Kelantan tidak kiralah di dalam stadium mahupun yang menonton melalui internet atau televisyen.Ulang tayang sememangnya Khairul sengaja membentes kaki Badri tetapi pengadil telah dibutakan mata dan hati serta kealpaannya mengesan kesalahan tersebut menyebabkan Kelantan terlepas peluang mendapatkan sepakan penalti.
Kehebatan pemain-pemain Kelantan pada perlawanan ini terserlah dengan menguasai hampir keseluruhan perlawanan walaupun Selangor kerap melancarkan serangan berbahaya ke pintu gol Kelantan yang dikawal kemas oleh Khairul Fahmi.
Beliau cukup cemerlang semalam dengan menafikan banyak percubaan dari pemain-pemain Kelantan dan pujian melangit seharusnya diberikan kerana tanpa beliau Kelantan mungkin sudah menjadi belasahan pemain-pemain Selangor yang mengamalkan corak permainan pantas.
Pujian juga harus diberikan kepada barisan pertahanan yang berhempas pulas menahan asakan dan mengagalkan serangan dari pemaiin-pemain Selangor terutamanya Amri Yahyah dan Safee Sali.
Apa yang merungsingkan prestasi kapten Kelantan Indra Putra seolah-olah 'tenggelam' dalam perlawanan tersebut,mujurlah beliau dapat memberikan sumbangan berharga kepada Kelantan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62,Gol tersebut berpunca dari Hantaran silang Nor farhan yang ditanduk kemas Indra kesebelah kanan pintu gol Selangor menewaskan Hamsani.
Walaupun Kelantan gagal meraih kemenangan kita telah mendapat kemenangan moral, serta semangat luarbiasa daripada Kelab-kelab penyokong terutama dari aspek teknikal yang melibatkan penyiaran siaran langsung melalui internet kerana usaha padu dari penyokong-penyokong setia Kelantan telah membuktikan penyokong Kelantan adalah yang terbaik di Malaysia dan mendahului dari segenap aspek berbanding kelab-kelab penyokong yang ada di negara kita...Sekalung Tahniah!!!
'Berpanas Berhujan Kami Tetap Bersama The Red Warriors selamanya'
Kredit:-Khairul Fahmi dan semua pemain
Walaupun Kelantan gagal meraih kemenangan kita telah mendapat kemenangan moral, serta semangat luarbiasa daripada Kelab-kelab penyokong terutama dari aspek teknikal yang melibatkan penyiaran siaran langsung melalui internet kerana usaha padu dari penyokong-penyokong setia Kelantan telah membuktikan penyokong Kelantan adalah yang terbaik di Malaysia dan mendahului dari segenap aspek berbanding kelab-kelab penyokong yang ada di negara kita...Sekalung Tahniah!!!
'Berpanas Berhujan Kami Tetap Bersama The Red Warriors selamanya'
Kredit:-Khairul Fahmi dan semua pemain
1 ulasan:
terasa rugi x dpt tegok d sbb keja..astro xde wat ulagan tggu xdok....
Catat Ulasan