Kelantan sekali lagi melakarkan kemenangan bergaya 3-0 apabila membenam cabaran KL Plus di Stadium Majlis perbandaran Petaling Jaya.Kemenangan tersebut sedikit sebanyak akan menutup seketika mulut pengkritik-pengkritik pasukan kelantan sebelum ini.
Apa yang menarik perhatian ialah pengulas sukan 'En Hj. Hasbullah' seakan 'segan' untuk mengakui hakikat bahawa penyokong-penyokong 'baju merah'(bukan baju merah Thailand) memenuhi segenap inci Stadium MPPJ.Ternyata Hj. Hasbullah terkedu dengan semangat juang penyokong-penyokong Kelantan yang sanggup datang dari jauh untuk melihat pasukan kesayangan mereka.
Kehadiran ribuan penyokong-penyokong Kelantan dibalas dengan aksi bertenaga dan kerancakan permainan oleh barisan pemain kendalian B.Sathianathan dari minit pertama hingga ke wisel penamat.
Walaupun cemerlang Kelantan agak tempang apabila tidak dapat menurunkan pemain tengah kreatif Shakir Shaari yang terpaksa direhatkan dan mengantikan dengan Wan Zaman yang bergandingan dengan Badri Radzi.Kedua-dua pemain ini dilihat gagal untuk mengemudi barisan tengah Kelantan dan dilihat kurang serasi kerana jarang digandingkan bersama.
Mujurlah kehadiran 'Mr Brilliant' seperti yang digelarkan Kadir Buyong kepada penyerang utama Kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya memanfaatkan peluang walaupun dalam keadaan yang sukar.Beliau yang menerima hantaran dari Akmal Rizal bijak memperdayakan dua pertahanan dan menyungkit bola melepasi penjaga gol KL Plus.
Gol tersebut mendapat pujian dari penyokong-penyokong bolasepak Kelantan dan pemerhati bolasepak Malaysia.NorShahrul sekali lagi mempamerkan kehebatan beliau apabila bijak mempedaya pertahanan serta penjaga gol dan terus menolak masuk untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-39 mengamatkan Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Hairuddin Omar juga berjaya memecah kebuntuan gol setelah kemarau gol dalam 11 perlawanan liga super sebelum ini.Gol tesebut berpunca dari sepakan sudut yang diambil oleh Nor Farhan yang berjaya disambut oleh Hai-O dan seterusnya melepaskan sepakan cantik menewaskan penjaga gol KL Plus.
Keseluruhan permainan menyaksikan hampir semua pemain menunjukkan aksi yang membanggakan terutamanya Akmal Rizal yang telah menunjukkan permainan menarik walaupun banyak peluang keemasan gagal disempurnakan oleh beliau.
Apa yang merungsingkan perancang utama Kelantan iaitu Badri Radzi memperlihatkan aksi kurang memberangsangkan dalam perlawanan ini dan kehadiran Nor Farhan banyak 'menutup' kelemahan yang ditunjukkan oleh Badri.
Dengan kemenangan berterusan ini Kelantan dilihat semakin digeruni lawan dan kehebatan barisan hadapan meledakkan gol sudah pasti membuatkan pasukan yang bakal berdepan dengan Kelantan terpaksa membuat percaturan untuk memastikan pintu gol mereka tidak dibocori.
Diharapkan Kelantan dapat mempamerkan aksi yang lebih menarik ketika bertemu Pahang dan seterusnya mengekalkan rentak kemenangan Kelantan dan masih lagi menjadi satu-satunya pasukan yang hanya melepaskan 4 gol dalam 12 perlawanan liga super.
Diharapkan Kelantan dapat mempamerkan aksi yang lebih menarik ketika bertemu Pahang dan seterusnya mengekalkan rentak kemenangan Kelantan dan masih lagi menjadi satu-satunya pasukan yang hanya melepaskan 4 gol dalam 12 perlawanan liga super.
Kredit: Nor Shahrul Idlan Talaha,NorFarhan,S.Subramaniam,Daudsu,
1 ulasan:
guana x bui kredit ko akmal, dio assist gol pertama.
Catat Ulasan