20 Apr 2010

Kelantan perlu menang...

Berbekalkan kemenangan moral 3-1 keatas juara piala Negeri Sembilan sabtu lepas di Paroi Kelantan sekali lagi akan diuji ketikaa bertemu Kuala Lumpur malam ini samaada kemenangan tersebut hanyalah nasib semata-mata ataupun anak didik B.Sathianathan telah berjaya keluar dari 'kepompong' seri.

Kelantan dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Kuala Lumpur kerana rata-rata pemain Kuala Lumpur adalah pemain muda yang kurang pengalaman tetapi pemain-pemain Kelantan tidak harus memandang mudah perlawanan ini kerana penyokong-penyokong Kelantan sudah memberikan signal bahawa mereka tidak mahu melihat Kelantan tercicir mata lagi.

Apa yang menarik malam ini Kelantan boleh memintas kedudukan Johor FC dan Terengganu jika menang besar keatas skuad ibukota,itupun jika Johor FC dan Terengganu kalah malam ini.Kita juga mengharapkan Selangor kalah dan dapat merapatkan jurang mata yang ditinggalkan oleh Selangor sekarang.

Percaturan jurulatih Kelantan B.Sathianathan yang hanya menurunkan Badri Radzi sebagai pemain gantian   berhasil kerana prestasi Badri yang kurang konsisten sekarang serta tidak mampu memberikan impak yang besar kepada pasukan.

Bagi peminat-peminat setia Kelantan yang tidak dapat menyaksikan perlawanan malam ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV boleh menyasikanya melalui siaran langsung yang disiarkan oleh Astro Arena saluran 801.Itupun jika tiada perubahan dari pihak Astro.

Harapan dari kami agar Kelantan mampu mencipta kejutan malam ini dan seterusnya menanam kembali keyakinan peminat-peminat untuk melihat Kelantan menjulang sekurang-kurangnya 1 piala musim ini.

Tiada ulasan: