4 Mac 2010

Keputusan perlawanan persahabatan The Red Warriors vs Balestier FC



Kelantan 1 - Balestier FC 1
Jaringan Nizab Ayub dan Paul David Cunningham

Kelantan mengharungi perlawanan persahabatan kedua antarabangsa dengan melayan kunjungan kelab Balestier FC dari Singapore.
Perlawanan yang disaksikan hampir tiga ribu penyokong setia Kelantan memberikan gambaran sebenar bahawa Kelantan sememangnya ketandusan penyerang berbisa.

Pakar seri sememangnya boleh dianugerahkan kepada pasukan Kelantan tahun ini itupun jika ada anugerah tersebut yang menyaksikan Kelantan terikat 1-1 dengan Balestier FC.



Kehadiran semula penyerang muda Kelantan Nizab Ayub bergandingan dengan Farhan sedikit memberikan suntikan kepada barisan hadapan bimbingan Sathia tetapi apakan daya mereka bertemu lawan yang saiznya cukup berbeza dan mungkin tidak mampu disaingi pemain-pemian Kelantan.


Balestier menurunkan semua pemain import sekaligus dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada mereka,mungkin mereka ingin menguji kemampuan pemain-pemain import barudan mencari keserasian dikalangan pemain.

Nizab Ayub membalas kepercayaan Sathia dengan meledakkan gol tunggal Kelantan,gol tersebut berpunca dari tandukan Azizi yang terkena tiang gol dan melantun kearah Nizab dengan mudah merembat masuk menewaskan penjaga gol Balestier.
Separuh masa kedua menyaksikan Balestier memperolehi gol kedua menerusi Paul David yang tidak dikawal merembat kencang menewaskan Halim Napi.

Keseluruhan permainan menyaksikan barisan hadapan Kelantan masih lagi terkial-kial untuk mencari gol dan jika masalah ini tidak dapat diatasi oleh Sathia mungkin Kelantan akan berputih mata lagi dalam merebut dua piala yang disasarkan.

Pujian diberikan kepada barisan pertahanan yang ternyata kental menahan asakan Balestier FC dan tidak mustahil barisan benteng Kelantan adalah yang terkuat sekali ldalam liga super tahun ini.

Credit:-Azizi,Daudsu,Nizab Ayub,Indra

Tiada ulasan: