10 Jan 2010

Kelantan pulang dengan 1 mata


KEPUTUSAN PENUH :
TERENGGANU 0-0 KELANTAN
Tempat : Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT.
Tarikh   : 09 Jan '10.
Masa    : 8.45 malam.

Keghairahan skuad Penyu dan Red Warriors untuk mencari  3 mata semangat dalam pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan tersebut dalam Liga Super tahun ini sekadar berpuashati dengan keputusan seri 0-0 yang tercatat dalam perlawanan semalam.

Kelantan membuat sepak mula perlawanan semalam bermain dengan tempo laju, bersandarkan kepada S.Canturu, Akmal Rizal dan Hairuddin Omar di bahagian serangan dibantu oleh Indra Putra, Badhri Radzi serta Shakir Shaari di bahagian tengah.

Pada separuh masa pertama, Kelantan boleh dikatakan menguasai permainan dengan beberapa gerak serangan serta percubaan ke arah pintu gol Terengganu. Bermula dengan percubaan  kapten pasukan Kelantan, Indra Putra Mahyudin pada minit ke- 11 namun gagal membuahkan hasil.

Tersentak dengan aksi bertenaga pasukan pelawat, tuan murah mula mengimbangi perlawanan dengan memperkemaskan bahagian tengah dan jentera serangan. Mereka hampir berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 17, namun sepak percuma Zairol berjaya di selamatkan oleh pertahanan kelantan.

Kelantan sekali lagi berpeluang berada di hadapan namun hantaran Akmal Rizal di minit ke-21 gagal di sambut oleh rakan sepasukan. Pada minit ke-35, tuan rumah hampir menjaringkan gol namum percubaan yang dibuat oleh Ashaari Shamsuddin dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan iaitu Syed Adney.

Bermula separuh masa kedua, pasukan Kelantan boleh dikatakan menguasai penuh perlawanan dengan menampilkan permainan yang lebih bertenaga apabila melancarkan gerak-gerak menarik untuk terus memburu gol pembukaan. Pada minit ke-46, kelantan hampir- hampir berjaya memecahkan kebuntuan namun sepakan percuma dari Indra terus kedakapan pengaja gol Terengganu Mohd Sarbinee Alawi. Pada minit ke-47, tuan rumah membuat serangan pantas dan sekali lagi Syed Adney bertindak cemerlang dengan menepis keluar sepakan kencang menerusi Zairol.


Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan membuat pertukaran pemain yang pertama bagi pasukan 'Red Warriors' pada minit ke-75 apabila menyedari tiada penyudahan dapat dijelmakan oleh bahagian serangan dengan mengeluarkan Akmal Rizal dan memasukkan penyerang emas Malaysia iaitu NorShahrul Idlan Talaha.

Dengan kemasukkan Norshahrul, bahagian serangan Kelantan dilihat semakin bertenaga mencari gol tetapi percubaan demi percubaan yang dibuat Kelantan berjaya dihalang oleh kewibawaan penjaga gol pasukan tuan rumah iaitu Mohd Sarbinee Alawi yang ternyata berada pada kelasnya tersendiri.

Perlawanan tersebut dihujani oleh 7 kad kuning dimana pemain Kelantan, Shakir Shaari dan S.Subramaniam dilayangkan kad kuning manakala 5 kad kuning untuk pemain pasukan Terengganu.


Kesebelasan utama : Syed Adney Syed Hussien, Mohd Farisham Ismail, S.Subramaniam, Azizi Mat Rose, Duadsu Jamaluddin, Shakir Shaari, Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin (kp), S.Chanturu, Akmal Rizal Rakhli (Norshahrul Idlan Talaha), Hairuddin Omar.

Tiada ulasan: