SAYA merasakan amat perlu menyuarakan luahan ini berhubung insiden final Piala Malaysia 2009. Kita akur dengan kekalahan kerana sememangnya Negeri Sembilan bermain dengan baik.
Saya atas nama rakyat Malaysia berasal dari Kelantan, terkilan bilamana kontroversi melibatkan pasukan dan penyokong Kelantan, pihak media terus melabelkan sebagai negatif dan ganas serta dihebahkan oleh semua media yang ada, tetapi bilamana perkara positif yang wujud hanya disiarkan dalam ruangan yang kecil (berita bola luar negara lebih diberi perhatian-macam mana nak maju bola negara?).
Sepatutnya FAM khususnya perlu berterima kasih kepada Red Warriors dan penyokong kerana dalam suasana suram Liga Malaysia tercetus suasana yang meriah dengan kehadiran penyokong yang ramai dan Liga Malaysia kembali menjadi perhatian ini memberikan win win situation kepada peminat bola sepak dan semua yang terlibat khususnya.
Saya mengikuti beberapa perlawanan yang berlangsung di beberapa venue ibu kota dan Pahang, secara faktanya, kehadiran penyokong amat kecil tak sampai 10 peratus daripada jumlah penyokong bila perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu.
Apa jadi dengan nasib penyokong Kelantan di Kangar, separuh akhir kedua, penyokong kami di Pulau Pinang, penyokong kami di Shah Alam dan penyokong kami di Bukit Jalil?
Kereta penyokong Kelantan dirosakkan, bas dipecah dan penyokong Kelantan dikepung... tiada tindakan ke atas penyokong dan persatuan negeri terlibat.
Apa tindakan ke atas Terengganu di separuh akhir kedua? Apa yang FAM buat? Tetapi sedikit sahaja salah laku yang dilakukan oleh segelintir mungkin 3-4 orang atau bilangan yang kecil di kalangan 80,000 penyokong terus diberi perhatian yang meluas.
Di mana profesionalisme FAM dan media?
Mana mungkin kita melihat di negeri mana bila adanya perlawanan walaupun perlawanan liga, stadium penuh dan padat dan sokongan padu diberikan?
Bayangkan di final Piala Malaysia 2009 tempat duduk yang dikhususkan untuk Negeri Sembilan masih kosong walaupun difahamkan terdapat tiket diberi secara percuma dan jarak dari negeri tersebut ke Bukit Jalil hanya kurang tiga jam.
Walaupun jarak ke Bukit Jalil memakan masa kurang lapan jam, tapi penyokong Kelantan tetap bersemangat memenuhi stadium, keluarga ditinggalkan, kerja ditinggalkan, bencana banjir dilupakan seketika, semata-mata memberi sokongan kepada pasukan kesayangan.
Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga dibuang.
Tahniah buat FAM atas tindakan segera yang di ambil ke atas Kelantan sebaik sahaja sesuatu insiden berlaku. Tindakan yang pantas dan cekap namun mohon lebih adil dan saksama.
Semasa memasuki stadium pukul 6 petang, sungguh mendukacitakan, mana pasukan keselamatan yang menjaga ketenteraman?
Peminat dilihat memanjat pagar tanpa seliaan pasukan keselamatan, mana peranan mereka atau hanya berperanan bila perlawanan bermula.
Inilah kelemahan kita, menyalahkan orang lain tapi tidak diri sendiri. Kononnya 1st class facility tetapi kenapa tidak mengguna pakai standard keselamatan di stadium seperti di Jerman. Penyokong diperiksa semasa memasuki stadium dan dirakam wajah, dicop tangan dan seterusnya kamera litar tertutup memainkan peranan dan jika wujud sebarang perbuatan negatif terus diambil tindakan oleh pasukan keselamatan yang telah memantau CCTV tersebut.
Jangan benarkan sebarang bentuk jualan makanan atau minuman jika dikhuatiri akan digunakan sebagai objek untuk dibaling.
Kadang-kadang kita melihat keuntungan lebih dari aspek keselamatan. Saya yakin pasukan keselamatan kita memiliki peralatan canggih dalam mengesan sebarang objek berbahaya untuk digunakan pada masa yang akan datang bagi memastikan lebih selamat keadaan perlawanan.
Ambil langkah pencegahan bukannya 99 peratus penyokong yang tak bersalah teraniaya.
FAM khasnya dan peminat bolasepak Malaysia khususnya perlu lebih mantap dalam membuat penilaian bukan hanya melihat dari satu sudut, kenal pasti kelemahan.
Kita sememangnya perlukan sokongan padu penyokong agar bola sepak Malaysia terus gemilang, cemerlang dan terbilang.
Terima kasih.
DACASCOS @ KADIRPOKYA
Penyokong Red Warrior
dan Liga Malaysia
Anti Mercun dan Anti Keganasan
p/s: doh nasib Kelate kut, mugo dale perut FAM telah termaktub bahawosonyo Klate ni adalah 'terorist'...... celik hanya pada NEGATIF dan buto yang POSITIF....
6 ulasan:
Ambo sokong 100%, memang tak adil!
Loni sebab keterangan salah media, rata2 org akan cakap puok kelate memang gedebe, gi mano2 pn caro nk gocoh... panah telinga weh... media memang kna main peranan memberi penerangan telus & tulus, bukan membuat provokasi... harap media kita bijak skit, jangan jadi mcm media indonesia, sebab provikasi media membenci malaysia, sampai rakyat nk ishtihar perang! Harap media amik teladan... dah la dalam politik kelate di provok! tak kan sukan pn kena provok jugok!
-anok kelate frust nugeng-
www.amoymelayu.blogspot.com
Kawalan keselamatan di stadium Bukit Jalil dibawah pengawasan FAM..FAM yang jadi penganjur....Bukan KAFA yang bertanggungjawab nak kawal penyokong di Bukit Jalil.Hukum FAM.....he..he..he Beghani ko?
(Ambil logik bila rusuhan berlaku di venue persatuan negeri...persatuan negeri kena hukum...denda pitih..FAM buat pitih ..)
Orang Kelantan datang jauh-jauuhh.. pukul 5.30 tak bagi masuk lagi. Dah ler hujan kat luar tu, tempat berteduh pun tak cukup.. bagi laa masuk awal sikit kan senang.
fam tuh.pilih kasih.dgki dgn klate
po nyepak!!!!
tp kalu klate tuh ganas lah.bakpo malm tu takdop berlaku pecoh bas ko,bas n9 punah ko,????
caiyokkkk demo....
gomo klate gomo...
usoh pduli hirau apo ore lain oyakk...
kecekk sajo panda sek lainn..
hidup red warrior...
betulllll....
Catat Ulasan