4 Nov 2009

Jangan kita tinggalkan solat


Pesanan kepada diri sendiri dan para penyokong Kelantan, jangan tinggalkan solat walau di mana anda berada.

Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Adakalanya jamak itu dinamakan 'jamak ta'khir' dan adakalanya dinamakan 'jamak taqdim'

"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur.

"Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.

Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan.

Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.

Syarat Jamak Taqdim:

1. Meniatkan jamak di dalam solat..
2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.
3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.

Sembahyang qasar pula ialah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.

Syarat jamak ta'khir:

1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.
2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan.

Lafaz niat solat jama' taqdim, cth: Zohor dengan Asar

" Usolli fardha al-Zuhri arba'a raka'atin majmu'an ilaihi al-'Asru lillah taala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor empat rakaat jama' dengan Asar kerana Allah Ta'ala)

" Usolli fardha al-'Asr arba'a raka'atin majmu'an lillahi ta'ala "
(Sahaja aku sembahyang fardhu Asar empat rakaat jamak kerana Allah Ta'ala)

Bagi jama' ta'khir, cth: Asar dengan Zohor, lafaznya sama seperti di atas cuma berbeza pada sebutan solat (didahulukan solat Asar daripada solat Zohor.

Lafaz niat Qasar dan Jama' Taqdim / ta'khir serentak:cth: Zohor dengan Asar:

"Usolli fardha al-Zuhri qasran majmu'an ilaihi al-'Asru lillahi ta'ala"
(Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor qasar, jamak dengan Asar kerana Allah Ta'ala
dipetik dari http://ustazazhar.com/v1/ibadah/cara-solat-jamak-qasar.html

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puok kito ado maso pakat wat maye hjt lakow tu.. mintok wi mng,meta sgt jah maye hjt tu ble2 maye waktu leh wat..jgn lps asar ngan subuh doh.. ejas bndera klate so sore..

Tepi Sungai Batu berkata...

Bagus...bagus..bagus!
Sama-sama lah kita ingat-mengingati antara satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

Kepada penyokong Kelantan di Lembah Klang yang mana anda tidak layak untuk melakukan solat jamak, pastikan anda mengambil wuduk di beberapa lokasi sekitar luar Stadium terlebih dahulu bagi mengurangkan kesesakkan ditempat mengambil wuduk di dalam Stadium. Jaga wuduk , jangan biarkan wuduk terbatal dan solatlah di mana-mana tempat yang dibenarkan dalam kawasan Stadium.