1 Nov 2009

Akhirnya Kelantan Ke Final (Live Dari Stadium Utama, Kangar)
















Pertama sekali diucapkan jutaan tahniah kepada pasukan Kelantan (The Red Warrior) kerana telah mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 7hb November iaitu Sabtu depan! Jutaan terima kasih juga kepada penyokong-penyokong super ultra Kelantan yang tidak mengenal erti penat lelah, berkobar-kobar dan memberi sokongan padu kepada pasukan The Red Warrior walaupun berada di tempat orang! (Padehal kita tetamu, buat donno je kat tuan rumah, hehe).
Pada awal permainan, Kelantan bermain agak perlahan tiempo sebab tidak mahu Perlis (atau perlu aku cakap Perlis Jakun?) mendapatkan gol awal. Setelah permainan masuk minit ke-20, Kelantan telah mengenalpasti kelemahan dan 'lubuk' di pihak Perlis untuk memulakan serangan dan asakan! Dan hasilnya berbaloi apabila minit ke-26 hero kita Nor Farhan telah berjaya mendapatkan gol pertama Kelantan! (I Lap U Farhan, Hahaha! U r my hero).
Selepas separuh masa kedua, Kelantan bermain agak meyakinkan di hadapan kira-kira 6000 orang penyokong ultra The Red Warrior yang datang dari segenap pelusuk tanahair (dari KL kira-kira 5 buah bas). Pada minit ke-53 hasilnya Kelantan berjaya mendapatkan gol kedua juga dari hero kita malam tadi iaitu Nor Farhan. Penyokong Kelantan macam nak gila bersorak meraikan gol tersebut! (yang paling best ultra fan Kelantan menyanyi ramai-ramai lagu Ole-Ole, dah lama siot tak dengar lagu tu! Sampai fan Perlis pon terkedu dengar kitaorang menyanyi lagu tu. Aku rasa semua penonton kat rumah pon dapat dengar lagu tu masa 'Live'). Setelah Kelantan mendapatkan gol ke-2 permainan agak lalai sedikit sebab terlalu berpuashati dengan 2 gol tersebut dan hasilnya, Perlis telah mendapatkan gol saguhati pada minit ke-70 iaitu melalui nama apa entah pemain Perlis tu (aku malas nak namakan pemain Perlis tu sebab benci dengan Perlis). Penyokong Perlis pun bersuka ria dengan gol tak sebeberapa tu untuk menghilangkan debaran mereka (padahal dah nyumpah-nyumpah kat team sendiri kot! haha). Setelah terkejut dengan gol yang tak dijangka tu, Kelantan telah menggandakan asakan ke kubu lawan dan usaha mereka tidak sia-sia apabila gol ke-3 hadir juga melalui Nor Farhan iaitu pada minit ke-87. Tergamam dengan gol tersebut, penyokong Perlis telah bersikap Jakun habis-habisan apabila mula mem'provoke' penyokong super ultra Kelantan. Anda pun tahu macamana penyokong Kelantan apabila di'provoke'.......Permainan telah ditamatkan dan Kelantan dengan bangganya menjejakkan kaki ke Bukit Jalil untuk bertemu Negeri Sembilan pada 7hb ini!

p/s : Penyokong-penyokong Perlis telah bertindak ganas sebelum permainan lagi dengan membaling batu dan mercun ke arah penyokong Kelantan dan ada yang terkena seorang budak yang tidak bersalah. Budak tersebut telah dihantar ke hospital dan menerima 3 jahitan di kepala. Aksi tegang antara kedua-dua penyokong lagi memuncak apabila wisel penamat ditiupkan apabila penyokong-penyokong jakun Perlis mengejek-ejek dan mengajak penyokong Kelantan bergaduh kat luar stadium! Kali ini penyokong Kelantan agak bertindak bijak kerana tidak termakan dengan provokasi penyokong Perlis. Yang paling aku hanginnn bila penyokong diorang baling 'telor melar' ke arah aku...Busuk nk mampus siotttt! Aksi tegang juga terjadi apabila konvoi bas dan kereta penyokong Kelantan telah diekori oleh Mohd Rempit Perlis dan diorang membaling batu-bata ke arah bas dan kereta kitaorang dan hasilnya hampir 20 buah bas telah pecah cermin dan calar-calar..Siot punya penyokong Perlis..Hang ingat hang terer kaa?? Yang aku hairannya di mana tindakan polis dan fungsi FAM? Kenapa FAM tak ambil tindakan? Senyap membisu seribu bahasa je!!! Kalau Kelantan punya fan yang buat, habis dicakna kat paper2 mahu saman la, gantung la, denda la, penyokong Kelantan ganas la.....FAM! FAM! Mana fungsi korang?

Sekian, Terima kasih.
Laporan tak sebeberapa dari Nik Kuwe dari Kangar.

3 ulasan:

kelatefc the red warriors berkata...

kemah demo nik kuwe

Nik Kuwe berkata...

Hehehe! Hadiah x sebeberapa dari kawe! Udus2 jah tu!

Jerry Benitez berkata...

stedy..... meme jakun sek2 perlisss@percisssss...huhuhu