2 Mei 2009

Isu Pengantungan stadium:FAM sedia tarik balik larangan

Jika semuanya berjalan lancar dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sanggup mematuhi syarat bakal dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), maka tidak mustahil skuad Pantai Timur itu akan kembali beraksi di Stadium Sultan Mohamad IV.

Atas dasar semangat kesukanan, FAM tidak mahu melihat kantung Kafa terjejas kerana banyak perlawanan tidak dapat dilangsungkan di stadium berkenaan dan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) badan induk kebangsaan itu pantas merencana satu pertemuan dengan Kafa dalam masa terdekat ini.

 “Saya tidak menolak kemungkinan Kelantan akan kembali beraksi di Stadium Sultan Mohamad IV. Bagaimanapun, mereka perlu terlebih dulu berani menerima syarat-syarat bakal kita kemukakan.

“Syarat utamanya ialah mereka (Kafa) boleh memastikan keselamatan pasukan pelawat yang bertandang ke stadium mereka. Jika Kafa sanggup menerima syarat itu, saya tidak nampak mengapa Kelantan tidak boleh bermain di Kota Bharu,” kata Pengerusi JKPT, Datuk Che Mat Jusoh.

Sebelum ini, JKPT mengarahkan Kelantan beraksi di stadium berkecuali selepas pegawainya mendapati stadium berkenaan tidak sesuai dijadikan gelanggang perlawanan bertaraf tinggi.

Selang beberapa ketika, Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM pula memutuskan ‘pengharaman’ Stadium Sultan Mohamad IV selepas berlakunya insiden rusuhan yang menyaksikan siri keganasan penonton fanatik mereka di venue berkenaan.

credit:Hmetro

Tiada ulasan: