Memaparkan catatan dengan label kafa.piala malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kafa.piala malaysia. Papar semua catatan

15 Okt 2009

Pemain Kelantan Terima Bonus RM52,000 Layak Ke Suku Akhir

KOTA BAHARU, 14 Okt (Bernama) -- Pemain Kelantan pada Rabu menerima "durian runtuh" daripada majikan mereka, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), yang menghadiahkan bonus sebanyak RM52,000 sebagai melunaskan janji jika pasukan itu layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Pemberian bonus itu diserahkan sendiri Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa kepada kapten pasukan "The Red Warriors", Indra Putra Mahayuddin bagi mewakili seluruh pemain pasukan itu.

Turut hadir menyaksikan penyerahan cek itu ialah pemain Mohd Norfarhan Mohamad dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.

Annuar berkata cek bayaran itu akan dapat ditunaikan minggu ini juga sebagai perangsang sebelum pasukan itu menentang KL Plus di Cheras, minggu depan dalam saingan suku akhir itu.

"Ini sebagai hadiah kepada pemain yang berjaya merealisasikan hasrat KAFA untuk melihat pasukan mara ke suku akhir dan sebagai janji kami, bonus sebanyak ini akan diagihkan kepada mereka.

"Kita mahu pemain bermain bermati-matian untuk mara ke separuh akhir dan jika layak, bonus yang tidak kurang daripada jumlah ini juga bakal diterima mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata semangat pemain kini ditahap tinggi untuk layak ke separuh akhir dan jika boleh untuk ke perlawanan akhir.

Annuar berkata pada pertemuan kedua menentang KL Plus pada peringkat suku akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, harga tiket akan dinaikkan antara RM2 bagi tempat terbuka dan RM5 bagi tempat berbumbung sebagai derma peminat kepada Tabung Gempa Bumi di Padang.

"Ia bukan sekadar bagi menyokong pasukan tetapi untuk membantu rakyat di Padang, Indonesia yang sedang menghadapi kesulitan akibat gempa bumi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata mana-mana pasukan kelab dan negeri yang bercadang untuk menarik diri menyertai Liga Malaysia musim depan supaya tidak berbuat demikian demi semangat kesukanan.

Beliau meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membantu pasukan yang menghadapi masalah kewangan agar mereka terus bersaing bagi saingan liga itu musim depan.

-- BERNAMA

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) menyerahkan replika cek kepada kapten Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (kanan) sambil diperhatikan oleh Nor Farhan Mohamad sebagai bonus selepas layak ke suku akhir di Kota Bharu, semalam. 

KOTA BHARU - Skuad Kijang mula mempamerkan watak 'wira merah' yang cuba dijadikan gelaran baru musim ini apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0 di Stadium Muhamed IV di sini malam kelmarin. 

Ini merupakan jaringan terbanyak ketika menghabiskan baki perlawanan peringkat kumpulan dalam persaingan Piala Malaysia yang dilihat seolah-olah mahu melepaskan geram.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tidak mahu memuji kerana masih banyak yang perlu dibaiki ekoran persembahan tidak mencapai tahap yang dimahukan.
Baginya, perlawanan tersebut bukan kayu pengukur kerana mereka harus berhadapan dengan lawan yang lebih kuat di peringkat suku akhir. 

Malah beliau masih belum berpuas hati dengan beberapa pemain di posisi tertentu yang masih terikut-ikut dengan cara permainan lama yang ditinggalkan bekas jurulatih, Peter James Butler. 

Katanya, perlawanan tersebut juga menunjukkan ada di antara pemain gagal mengawal emosi dan tidak menunjukkan sikap profesional sehingga terikut-ikut rentak penyokong di luar padang. 

"Ada pemain yang mendapat kad kuning ketika kita sedang mendahului 4-0 pada malam ini, sepatutnya tidak perlu kad ini, buang masa kerana jika mendapat tiga kuning berturut-turut dia akan terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan berikutnya. 

"Pemain kena tunjukkan sikap profesional dan bukannya terikut-ikut dengan rentak penonton tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan permainan malam tadi (kelmarin) terutama pada separuh masa kedua," katanya. 

Pada perlawanan suku akhir Selasa ini, Kelantan akan bertemu dengan KL PLUS, di tempat lawan.
Bekas jurulatih kebangsaan itu mengakui tugas untuk bertemu dengan KL PLUS amat berat dan memerlukan perancangan rapi serta teliti. 

"Kita perlu menghormati KL Plus sebagai lawan yang kuat tetapi kita tidak perlu takut untuk memberikan saingan yang terbaik," katanya.
Katanya, masalah utama pasukan itu ialah di bahagian tengah apabila perancang utamanya, Badri Radzi mengalami kecederaan panjang. 

"Kita terpaksa mencuba gandingan baru, malam ini, saya menggandingkan Ahmad Azlan Zainal dan Mohd. Daudsu Jamaluddin di bahagian tengah. 

"Mungkin kita akan mencuba gandingan lain selepas ini tetapi mereka berdua dilihat berjaya memberikan impak di posisi tersebut," katanya.
Sebelum ini, Ahmad Azlan dan Mohd. Daudsu bermain di posisi pertahanan. 

utusan online

7 Okt 2009

Keperihatinan KAFA dihargai Peminat

Semalam pihak pengurusan KAFA mengumumkan bermula 10 oktober 2009 iaitu minggu depan pihaknya tidak lagi akan menjual tiket-tiket astaka yang berharga RM20 di kaunter tiket tetapi akan menjualnya sendiri.

Bagi mereka yang ingin membeli tiket-tiket astaka ini boleh terus berhubung dengan KAFA. Pengumuman ini ternyata disambut gembira oleh peminat setia Red Warriors yang mahukan keselesaan ketika menonton aksi pasukan kesayangan mereka di stadium keramat, Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Apa yang perlu dilakukan KAFA adalah mereka perlu memastikan bahawa tiada lagi ketirisan tiket-tiket perlawanan itu kepada ulat-ulat tiket yang telah mendapat laba yang tinggi dalam dua perlawanan Piala Malaysia yang melibatkan Kelantan sebagai tuan rumah.

KAFA perlu mengetatkan syarat agar tiket-tiket yang dijual tidak diniagakan semula dipasaran gelap oleh ulat tiket antaranya KAFA perlu menghadkan jumlah tiket yang boleh dibeli oleh individu serta memastikan orang yang benar-benar jujur dipertanggungjawab untuk mengendalikan penjualan tiket ini.

Sejak akhir-akhir ini KAFA telah mengambil pelbagai pendekatan dan perubahan bagi keselesaan peminat termasuk baru-baru ini telah membuat sistem tempat duduk bernombor bagi memastikan hanya yang mempunyai tiket yang sah sahaja boleh duduk dikerusi yang disediakan.

Apa yang diharapkan pada masa akan datang KAFA dapat bekerjasama dengan pihak stadium agar membaik pulih kemudahan asas yang telah disediakan kerana kurang memuaskan terutamanya tandas yang tidak selesa yang tidak boleh diberi taraf satu bintang pun.Baunya sahaja sudah meloyakan sesiapa sahaja yang melalui tandas tersebut.

Pihak kelatefc ada mengambil gambar individu-individu@ulat-ulat yang sedang sibuk mencari pelanggan di depan Stadium Sultan Muhammad IV pada malam perlawanan melibatkan Kelantan menentang P.Pinang yang lepas. Wajah-wajah mereka cukup familiar di kalangan peminat bolasepak Kelantan dan sekiranya didapati perkara sebegini berlaku lagi di masa akan datang, pihak kelatefc tidak teragak-agak untuk menyiarkan gambar ulat-ulat ini untuk tatapan umum.

Dengan keputusan ini maka tersengih-sengihlah ulat tiket kerana tidak lagi dapat mengaut keuntungan dari penjualan tiket di pasaran gelap.

Segala yang elok datang dari perkara yang halal..........

Syabas KAFA kerana mengambil tindakan drastik ini!!!

info:
Wisma KAFA,Kg Chicha
Kubang Kerian,
Kota Bharu
Kelantan.
Telefon:09-7666360/6363