Hukuman FAM keatas TSAM
1. Digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri.
2. Jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Feb 2012.
3. Hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.
4. FAM mengguna pakai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III).
5. Didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Feb lepas yang mahu hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media, dan perlu dibawa berbincang dengan jawatankuasa eksekutif FAM.
6.tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap penggantungan tersebut memandangkan ia adalah hukuman minimum yang dikenakan.
------------------------------------------------------------------------------------
Annuar bawa kes panel antarabangsa
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.
Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.
Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.
"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.
Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.
Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.
FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.
”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.
Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.
"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.
Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.
Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.
Sinar Harian
----------------------------------------------------------------------------------------------------
18.04.2012
Tak perlulah cakap ranking FIFA bukan keutamaan..kita setuju SASARAN UTAMA TERDEKAT ialah SUZUKI CUP...dan persiapan kearah itu memerlukan friendlies YG BERKUALITI...friendlies berkualiti dan aff suzuki kedua duanya menyumbang kpd rangking lebih baik...KITA PUNYA JURULATIH KEBANGSAAN DAN BUKANNYA JURULATIH SUZUKI CUP...kejuaraan hanya satu sukatan..penentuan keseluruhan terletak pada RANGKING FIFA yg menceminkan tahap pencapaian relatif yg menyeluruh setiap pasukan senior kebangsaan..pencapaian U 23,olimpik dll tidak dihitung dlm ranking..
Cabaran TSAM kepada skuad bolasepak FAM agar membelasah Sri Lanka 5/6 - 0 dalam perlawanan persahabatan 28 April nanti...mampukah skuad K.Rajagopal melakukanya..satu lagi sindiran kepada FAM...
World FIFA-coca cola ranking menyukat 204 negara di dunia..kedudukan MSIA ditangga 155 bererti kita dlm kelompok 50 terbawah antara negara anggota FIFA..kelompok ini kebanyakannya negara kecil dan pulau2 spt maldive,macau,samoa,virgin island,sri langka,malta,philipines,tuvalu
,fiji,seychelles,cocos,timor leste dll..28hb kita bertemu SRI LANGKA yg duduk ditangga 176...INSYAALLAH KITA BOLEH MENANG 5/6-0....
Buat
masa ini SAYA TIDAK DAN BELUM MAU MENYENTUH SOAL PIMPINAN...YANG BANYAK
BERMASAALAH ADALAH INDIVIDU TERTENTU YG MENGENDALI SEKRETARIAT
FAM..KESALAHAN MEREKA TERPAKSA DITANGGUNG OLEH FAM..BUAT PERMULAAN BIAR
KITA LIHAT DULU CARA MEREKA MENGENDALI KONSPIRASI UTK MENYINGKIR
SAYA..SETELAH SEMUA RUANG RAYUAN SECARA DALAMAN FAM MEREKA TUTUP MAKA
ESOK KITA MULAKAN PULA MELALUI MAHKAMAH..PEGUAM SAYA AKAN
MEMFAILKANNYA UTK MENDAPAT KETENTUAN DAN HAK KEADILAN YG TELAH MEREKA
NAFIKAN TERHADAP SAYA..ia suatu test case bukan utk berlawan sesiapa
TETAPI UTK MENDAPAT PENTAFSIRAN YG JELAS TERUTAMA DARI SUDUT
CONSTITUTIONAL,NATURAL JUSTICE DAN RIGHT APPLICATION OF PROCEDURES AND
LAWS.mereka boleh elak menjawab kpd saya TAPI MEREKA TAK BOLEH ELAK DARI
MEMBALAS AFFIDAVIT SAYA DIMAHKAMAH...bak titah KDYMM PRESIDEN
KITA,NEGARA KITA DAN FAM ADA PERATURAN DAN UNDANG UNDANG..KITA PERLU
MENGIKUTINYA INSYAALLAH..YG KITA TAK MAU IALAH ORANG ITU JADI
PENDAKWA,DIA JUGA JADI LAWYER DAN DIA JUGAK JADI HAKIM..MALAH DIA JUGA
JADI MAHKAMAH RAYUAN...
Jangan
salah tanggap bahawa saya lakukan ini kerana saya
digantung...TIDAK..MALAH SAYA TIDAK PERLU MERAYU MENGENAINYA..yg saya
ketengahkan adalah NIAT JAHAT PELAKUNYA..SUBJUDIS DLM PROSESNYA..SALAH
DLM FRAMING OF CHARGESNYA..UNCONSTITUTIONAL TINDAKANNYA..CACAT DLM
APPLICATION OF LAW NYA DAN NATURAL JUSTICE YG DINAFIKANNYA(NANTI BOLEH
LIHAT DLM AFFIDAVIT MAHKAMAH SAYA)....dan soal teguran saya PADA
PASUKAN KEBANGSAAN tetap saya pertahankan sebagai tugas saya..BERCAKAP
PD MEDIA DISIDANG AKHBAR RESMI JUGA TUGAS SAYA...yg saya tak setuju dlm
FAM TETAP SAYA TAK SETUJU..BAIK DLM MRAT ATAU LUAR MRAT..dulu atau kini
dan selamanya...APA YG SAYA TAK SETUJU?...saya tak setuju KUASA HANYA PD
INDIVIDU TAPI SEBALIKNYA YG BERKUASA MESTILAH EXCO SECARA
COLLECTIVE..tak setuju exco jadi rubber stamp..tak setuju ada KRONI
kalangan exco...tak setuju su agong mengatasi exco..TAK SETUJU GAJI
PEGAWAI TERTENTU MELAMPAU TINGGI..tak setuju exco jarang mrat...tak
setuju kongress tahunan tak di buat...TAK SETUJU pasukan kebangsaan tak
ditadbir oleh jk yg benar berfungsi..tak setuju artikel 88 ditafsir cara
sekarang..tak setuju belanjawan tak bentang..tak setuju kalau donation
tak di declared..tak setuju WANG TAJAAN tak sampai secukupnya kpd
pasukan dlm liga..tak bersetuju ada jk yg lebih berkuasa dari EXCO..tak
bersetuju kalau ada DISKRIMINASI antara exco atau negeri..TAK SETUJU
kalau su agong lebih berkuasa dari exco...tak bersetuju kalau bermewah
dgn wang tajaan tanpa memajukan liga yg ditaja..tak setuju dgn amalan
SELECTIVE PROSECUTION..TAK SETUJU KALAU SECRETARIAT JADI PENGADU DOMBA
DAN SETERUSNYA...SETERUSNYA...yg tak setuju tetap akan dikata tak
setuju..samada ada jawatan atau digantung atau dipecat sekalipun!!!tetap
tak setuju..
Di
fahamkan sebuah skt dgn nama SEMI PRO SDN BHD ditubuhkan dan di
daftarmilik OLEH ORANG BESAR DLM FAM...asalnya utk beri bisnes pd
staff..ANEHNYA SKT INI BERNIAGA SECARA DALAMAN DGN FAM TERMASUK MENGURUS
WISMA FAM DAN HOSTELNYA..bila mana pasukan kebangsaan guna wisma
sendiri FAM PULA KENA BAYAR KPD SKT SDN BHD INI..siapa yg lulus bayaran
dan kepada siapa?..siapa beneficiary?...staff mengadu mereka
tak dapat apapun untung!!!!!semakan dgn ROC SKT INI DIISTIHAR
RUGI!!!!!...saya rasa EXCO DAN KONGRESS HARUS DAPAT LAPURAN DAN
PENJELASAN MENGENAI SKT MISTERI INI..IA HARUS TRANSPARENT..dan
urusniaganya harus TELUS DAN JGN ADA CONFLICT OF INTEREST ATAU APA APA
YG MENYALAHI UNDANG UNDANG..pada masa yg sama KITA TAK BOLEH TUDUH
MELULU..SIASATAN DIPERLUKAN..LEBIH ELOK LAGI KALAU PENGARAHNYA YG
MERUPAKAN PEGAWAI TINGGI FAM BENTANG LAPURAN DAN ISTIHAR
KEPENTINGAN..EXCO PULA HARUS TAHU DAN TAK PERLU MERUNGUT DI
BELAKANG....periksa tatacara kewangan agar menepati undang2....jeng jeng
jeng.....
Buat
masa ini TIADA UNDANG UNDANG UTK MENYEKAT HAK BERSUARA DLM FB ATAU
TWITTER..OLEH KERANA MEREKA MEMILIH UTK MENYEKAT SEMUA VENUE LAIN MAKA
JGN SALAHKAN SAYA JIKA AKHIRNYA MEDIA BARU JADI PILIHAN SAYA..saya mau
tegaskan SAYA TIDAK MENGIZINKAN SESIAPA MEMETIK POSTING FB SAYA UTK
TUJUAN AKHBAR..mereka yg buat ADALAH ATAS TANGGONGJAWAB MEREKA
SENDIRI..posting saya hanya UTK KAWAN FB SAYA SAJA..DAN BUAT MASA INI IA
TIDAK BERCANGGAH DGN MANA MANA BHG DLM STATUT FAM
Satu
lagi kata kata hikmat..."...CUMA PERLAWANAN
PERSAHABATAN!...."(...."bila perlawanan sebenar nanti kita pasti
kalahkan semua paukan dan KITA TETAP JADI JUARA...")..."ranking tidak
penting"..."saya tahu pemain saya"......UTUSAN
Ada
yg bertanya MENGAPA SAYA BERANI LAKUKAN INI SEMUA DAN KENAPA BARU
SEKARANG..JAWAPANNYA MUDAH..SAYA DIBERI MANDAT OLEH PERWAKILAN NEGERI
NEGERI..SAYA BUKAN DILANTIK SESIAPA..SAYA BERTANGGUNGJAWAB PD YG MEMILIH
SAYA..SAYA JUGA TIADA MASAALAH PERIBADI DGN SESIAPA.SAYA CUMA MAHU
LAKSANA TUGAS SAYA..SAYA TIDAK HIDUP DARI BOLA..SAYA SUKARELAWAN YG
BERSEDIA KORBAN MASA TENAGA DAN HARTA UTK MAJUKAN SUKAN
YG SGT SAYA MINATI..SY MENENTANG HANYA BILA JELAS SAYA MAU DIZALIMI DAN
TELAH PUN DI ZALIMI..SAYA MENENTANG SETELAH SEMUA HAK SAYA DIRAMPAS DAN
KEADILAN DINAFIKAN..SAYA HANYA MULA MENENTANG BILA PINTU RUNDINGAN DAN
PERBINCANGAN SECARA MADANI DAN HADZARI DITUTUP..SAYA TIDAK MEMUSUHI
FAM..saya mau menyelamatkannya dari terus ditunggangi orang yg tidak
peduli PADA KEADILAN DAN KEBENARAN..
Saya
tak pandai...tapi tertanya tanya jugak KENAPA TOP TWO TEAM LIGA SUPER
DAN AFC CUMA DIWAKILI SEORANG PEMAIN DLM FIRST ELEVEN TAPI SATU TEAM
LIGA PERDANA ADA SAMPAI 3 orang DLM 1st eleven..SOME PLAYERS YG MAIN DLM
TEAM LIGA TAK SAH DAN JARANG BERAKSI TERNYATA TERCUNGAP CUNGAP TP TETAP
DITURUNKAN..national team(senior)must be represented BY THE BEST
CURRENT players...BASED SOLELY ON CURRENT FORM...itulah amalan seluruh
dunia...!!
Saya
tau perancangan menyekat saya bermula seawal saya dicalunkan sbg
timbalan presiden FAM..saya tau urusetia tidak pernah NEUTRAL malah
mereka pernah buat pengakuan pd saya bahawa mereka terpaksa!..ramai yg
tidak tahu bagaimana sy di layan sejak saya buat kejutan dgn MEMENANGI
JAWATAN TIMBALAN walau pihak lain cuba BERKONSPIRASI..RAMAI YG TIDAK TAU
SY DILAYAN MCM BUDAK2..RAMAI YG TIDAK TAHU SY TIADA
OFIS,TIADA KERUSI ATAU MEJA DI WISMA FAM YG SERBA MEWAH BG BEBERAPA
ORANG TERTENTU..RAMAI YG TIDAK TAHU BAGAIMANA MINIT MRAT SERING DIPINDA
DARI APA YG DIPUTUSKAN..RAMAI YG TIDAK TAHU BEBERAPA KEPUTUSAN EXCO DI
VETO DI LUAR MRAT..RAMAI TIDAK TAHU AHLI EXCO TIDAK DILAYAN URUSETIA
KECUALI SEKERAT DUA SAJA..RAMAI YG TIDAK TAU SELEPAS SAYA DAN CEO MSL
SELESAI DAPATKAN TAJAAN RM120j saya dan stuart mula dihimpit pelbagai
tekanan dan halangan utk berfungsi..ramai tidak tau apabila BEBERAPA
PEMBAHARUAN DAN PENJIMATAN NAK DIBUAT DAN MENJEJASKAN COMFORT DAN
BENEFIT PIHAK TERTENTU MAKA CONSPIRASI PUN BERMULA UTK
MELINDUNGINYA..PENGGANTUNGAN SAYA ADALAH PERKARA YG DIARAH DAN
DIRANCANG..SAYA AKAN BUKTIKAN..mereka menutup semua pintu diplomasi dan
perbincangan bersemuka..TIDAK MENGAPA..KERANA ITU MEMPERCEPAT TERBUKANYA
PINTU MAHKAMAH..SAYA TAU SY KESEORANGAN TAPI SY BERIKRAR SY BERSEDIA
HILANG SEMUA KEDUDUKAN DLM BOLASEPAK MSIA TETAPI SEGALA YG BERLAKU DAN
UJUD AKAN SAYA KETENGAHKAN WITHOUT ANY FEAR..BILA MEREKA MENOLAK SAYA
KELUAR MAKA HALALLAH PENENTANGAN SAYA DARI LUAR PULA...INSYAALLAH MINGGU
DEPAN SAYA AKAN BUAT SATU KENYATAAN PENTING...