9 Jan 2016

Format Liga Malaysia akan berubah

TAKLIMAT PASUKAN LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA 2016

Taklimat ini wajib dihadiri oleh sekurang-kurangnya dua orang wakil dari kesemua 24 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana 2016.

Berikut adalah 'tweets' yang dipertik daripada akaun Twitter rasmi FMLLP: 

1. "Liga Malaysia tidak akan dimainkan pada bulan Ramadhan pada tahun ini," - Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, Dato' Sri Afandi Haji Hamzah

2. "Keputusan membuka transfer window pada Jan dan Jun dibuat selepas kajian dan nasihat daripada liga-liga terkemuka dunia. 

3. "Liga Malaysia tahun ini akan berlangsung sepanjang musim dari Februari hingga Oktober,"

4. "Pasukan Liga Super akan menerima RM1 juta dan RM500,000 untuk pasukan Liga Premier. Ini adalah bayaran tetap, penambahan akan diadakan kemudian," -  Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam 

5. "Semua pasukan perlu menandatangani Partnership Agreement dengan FMLLP dimana setiap wakil adalah FMLLP dan  berkuasa untuk mengubah jadual, peraturan dan lain-lain di peringkat Kongres Liga.

6. "Tindakan disiplin dan tatatertib masih kekal di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), termasuk status dan kontrak pemain," - Legal Counsel FMLLP, Nizamuddin Hamid.

7. "Jika keputusan pengadil perlu diubah, harus dipastikan kesalahan itu serius dan jelas. Contohnya kesilapan melayangkan kad perlu dibuktikan dengan video.

8. "Pasukan tuan rumah bertangunggjawab ke atas kesalah penyokong yang berlaku semasa perlawanan,"- Pegawai undang-undang FAM, En Raimi.

9. "Kebanyakkan kematian dalam bolasepak berlaku disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

10. "Setiap pasukan wajib memiliki Automated External Defibrillator (AED). Perlawanan tidak akan dimula jika tiada AED.

11. "Tahun ini, setiap pasukan perlu mempunyai seorang doktor dan ambulans berkelas A yang boleh melakukan pembedahan kecil," -  Dr. Siva dari Jabatan Medikal dan Sains Sukan FAM

12. "Vanishing spray akan digunakan nanti. Masih dalam perbincangan.

13. "Jab. Pengadil FAM memiliki Facebook Group 'FAM On The Field' untuk pengadil & penilai pengadil bertukar pandangan & menilai kesilapan," - En Kassim Kadir Bacha dari Jabatan Pengadil FAM

14. "Nama-nama pemain yang digantung kerana rasuah akan diedarkan kepada semua pasukan agar pasukan tidak menandatangani pemain-pemain ini 

15. "Drone dikira sebagai ancaman baru yang perlu diberi perhatian serius jika dilihat semasa perlawanan berlangsung," - Tuan Hj Osman Bakar dari FAM

sumber: Astro

Tiada ulasan: