1 Mac 2015

Liga Malaysia 2015 suram?Apa FAM boleh buat?

Liga Malaysia 2015 sekarang dilihat semakin suram dengan 'ketiadaan' siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen.

Jika dulu semasa Astro Arena mendapat hak eksklusif untuk liputan siaran langsung Liga M begitu meriah dengan ulasan menarik dari pengulas mereka tetapi 'ketiadaan' Astro betul-betul dirasai oleh penyokong-penyokong bolasepak tempatan.

Dikhabarkan Astro berminat untuk menjadi hos penyiaran tetapi pihak FAM mengenakan syarat yang tidak dapat diterima oleh pihak Astro.

Khabarnya juga FAM tidak mahu membuat perjanjian jangka panjang dengan Astro sebaliknya mahukan perjanjian jangka pendek yang lebih menguntungkan FAM.Mungkin FAM ingin membuat sistem 'tender atau bid' untuk perlawanan-perlawanan besar yang mana stesen tv yang mampu membayar harga lebih tinggi akan mendapat hak siaran.

Seandainya inilah yang terjadi Liga M akan suram musim ini walaupun dibarisi dengan pemain-pemain berstatus bintang yang memunkinkan bintang-bintang mereka akan malap seandainya tiada pendedahan dalam siaran langsung kelak.

Jangan bunuh Liga M dengan cara ini...lakukan perubahan sebelum bolasepak kita jatuh semula...Dengarlah keluh kesah dan rintihan dari penyokong-penyokong bolasepak Malaysia yang sudah muak dengan drama ini.

Tiada ulasan: