Juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan terlepas peluang menggunakan
khidmat dua pemain import terbarunya, Keita Mandjou dan Mijo Dadic dalam
saingan suku akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
tidak lama lagi.
Kegagalan tersebut merupakan satu tamparan hebat bagi Kelantan yang terpaksa berhadapan kelab terbaik dari Iraq, Arbil dalam aksi timbal balas pada 18 dan 25 September ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kegagalan mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) menjadi punca urusan pendaftaran kedua-dua pemain import tersebut tidak dapat dilakukan oleh pihaknya.
Kegagalan tersebut merupakan satu tamparan hebat bagi Kelantan yang terpaksa berhadapan kelab terbaik dari Iraq, Arbil dalam aksi timbal balas pada 18 dan 25 September ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kegagalan mendapatkan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) menjadi punca urusan pendaftaran kedua-dua pemain import tersebut tidak dapat dilakukan oleh pihaknya.
“Peraturan AFC membenarkan pasukan yang layak ke suku akhir boleh membuat pendaftaran baru. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menetapkan syarat mana-mana pemain yang berpindah kelab perlu membuat pengesahan menerusi Transfer Matching Sistem atau TMS,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
“Bila proses TMS dilaksanakan, barulah ITC boleh dikeluarkan. Peraturan Fifa menetapkan TMS untuk Malaysia dibuka dua kali setahun. Namun tempoh yang dibuka (urusan pendaftaran pemain import) oleh PersatuanBola Sepak Malaysia (FAM) tidak selari dengan Fifa.
“Kita rujuk peraturan Fifa, ambil Keita (Mandjou) dan Mijo (Dadic) tetapi bila hendak daftar mereka tidak boleh sebab TMS kita sudah ditutup. Ini merupakan satu kerugian besar bagi Kelantan apabila bersaing di peringkat antarabangsa tanpa pemain import yang bagus,” katanya.
Tidak menyalahkan seratus peratus FAM di atas kegagalan tersebut, Annuar bagaimanapun berharap badan induk bola sepak kebangsaan itu dapat menyeragamkan peraturan mereka dengan pihak AFC agar masalah tersebut tidak berulang pada masa akan datang.
Oleh :
6 ulasan:
Bia lh, nk wk gnow..lau nk jd pasukan hok hebat mesti keno tempuhi semua masaloh2 ginie..bru lebih matang di maso2 akan datang..sek kito xpayoh gunow import xpow..guno ghaddar n antwi sudoh lr..prtahan bleh letok Subramaniam, Rizal Fahmi, Shahrul Azim, Daudsu (Obinha xleh maen, keno kad meroh)..
Kito xpayoh guno lr formasi 4,4,2..kito guno 4,5,1 sebab sek kito bnyok pemain tengoh hok sedak supo sepanyol..sepanyol bnyok pemain tengoh sebab 2 dio guno 4,6,0..lawan kelab Iraq nie bukan mudoh, tapi bukan mustahil..
Formasi 4,5,1 come ugk..di tengoh bleh letok Nurul, Shakir, Piya, Shahrul Idlan, Farhan..serangan sore jh, abe Ghaddar kito..dio 2 biso kalu maen seko..xsoh kosek dio xpow lr
masalah loni..defend kito ramai cedera..selok la kalu mijo xleh main,obinna xleh main..subra 50-50
4,5,1..satu cadangan yg baik..kito kena main cara bertahan, buat serangan pantas secara mengejut...(tgu lawe lepo baru serang) insya Allah gadar bulih jaring gol. kalu bulih seri xpo doh. di KB nanti obina dh bulih main sedap sikit pertahanan.
TAK PA KITA NAK SERI JAH MAIN TAHAN...DEF.RAMAI SKIT
Catat Ulasan