KUALA LUMPUR - Bola sepak tempatan semalam
dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal
dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M).
Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook
serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas
ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang
kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United
tamat, Jun lalu.
Menurut berita-berita yang tersiar di internet, sekumpulan usahawan
tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1
juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan
oleh United kepadanya musim lalu.
Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan
bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang
dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya,
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu
sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa
masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen.
Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail
adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo
Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak
tengah Brazil, Elano Blumer, 31.
Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen
malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat
penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia.
Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII
(Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan
(Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D).
Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun
sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang
pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle
United masih belum menyertai mana-mana pasukan.
Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester,
England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan
keluar daripada Liga Perdana Inggeris. Pengurus Liverpool, Brendan
Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke
Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City.
Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England. Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol.
Karier Owen bersama Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan
13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama
hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England
dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol.
Sumber : Utusan Malaysia
p/s : Agak-agak mari ko Owen dengan mutu liga kita yang masih terkebelakang lagi...
2 ulasan:
mane ade...desas-desus je tu...
klik...
Owen sertai Stoke.
http://utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20120906/sl_01/Owen-sertai-Stoke
copy dan paste di browser:
http://utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20120906/sl_01/Owen-sertai-Stoke
Catat Ulasan