29 Ogo 2012

Sama liat!

PERTARUNGAN sengit membabitkan dua juara liga berakhir dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata dalam perlawanan pelengkap pusingan pertama Kumpulan B saingan Piala Malaysia, malam tadi.

Juara Liga Perdana, ATM nyata menghadirkan gerun kepada juara Liga Super dan Piala FA musim ini, Kelantan apabila terlebih dulu membuka jaringan pada babak kedua selepas terikat tanpa jaringan sepanjang 45 minit pertama.


Namun tonggak pertahanan import Kelantan, Obinna Nwaneri memastikan The Red Warriors pulang dengan satu mata sekali gus memastikan usaha memburu tiga piala musim ini terus menyala.
Aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu nyata menghiburkan kira-kira 10,000 penyokong yang hadir dengan kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan berkualiti dan pantas walaupun perlawanan terpaksa ditangguhkan pengadil perlawanan pada setiap babak berikutan tindakan liar segelintir penonton membaling botol.

Kelantan bagaimanapun terlebih dulu mendapat peluang terbaik meledak jaringan namun percubaan penyerangnya, Afiq Azmi pada minit ke-25 berjaya dihalang pertahanan ATM, Azmi Muslim ketika penjaga golnya, Mohd Farizal Harun sudah tertewas.

ATM yang dilatih bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan turut membuktikan kualiti yang dimiliki mereka walaupun bergelar juara saingan kedua dengan turut melancarkan serangan menerusi segenap sudut yang membolehkan sejumlah sejumlah peluang terhidang namun turut gagal menggegar gawang lawan.
Langkah pengendali Kelantan, Bojan Hodak menurunkan penyerang import Kelantan, Mohammad Ghaddar bermula babak kedua menggantikan Afiq turut gagal menambah sengat di jentera serangan.

ATM sebaliknya yang dibarisi sejumlah pemain tempatan yang berkaliber akhirnya berjaya apabila membuka jaringan menerusi penyerang importnya, Marlon Alex James pada minit ke-55 selepas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat gagal menangkap kemas bola cubaannya dalam kotak penalti sekali gus menjadikan kedudukan 1-0.

Kelantan bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-87 menerusi rembatan Nwaneri dalam kotak penalti untuk menewaskan Mohd Farizal Harun walaupun penjaga gol itu berjaya menahan cubaan awal di luar kotak penalti Mohd Shakir Shaari sekali gus menyaksikan keputusan akhir seri 1-1.

Keputusan ini membolehkan ATM kekal mendahului kumpulan maut dengan mengumpul tujuh mata diikuti Kelantan dengan empat mata selain Terengganu dan Kedah yang berkongsi tiga mata selepas skuad Kenari menjinakkan Penyu 2-1 di Stadium Darulaman, Alor Setar dalam satu lagi aksi malam tadi.

Sumber : Hmetro

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa yea.. kelate xdapat penalti.?
kenapa..kenapa..???

Tanpa Nama berkata...

pengadil mabuk2...ado agenda utk lingkupkan kelate kali ni dari group FAM

Tanpa Nama berkata...

pmainan mmg best.sgt thibur.. pasal xciden baling btol ke padang tu,jgn salahkn pyokong.mutu pgadilan mmg sgt2 truk. bkn berat sbelah. mcm ada x kene.. mgkin x cukup pgalaman @ ?????

Tanpa Nama berkata...

pmainan mmg best.sgt thibur.. pasal xciden baling btol ke padang tu,jgn salahkn pyokong.mutu pgadilan mmg sgt2 truk. bkn berat sbelah. mcm ada x kene.. mgkin x cukup pgalaman @ ?????

Tanpa Nama berkata...

Mitok fam siasat pengadil!!!byk sgt keputusan hok xspttnyo.fam pun sloh jgk,mso lawe ganu aritu pun pengadil ni jgk.mcm la xdop pengadil lain.atau pun ado agenda hok sebaliknyo.fam siasat fam!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sruh FAM siasat wk gpow nyor..FAM hok 'palo' semuo nih