27 Mei 2012

Johor FC ikat Red Warriors

FAUZI Shaari (kiri) cuba menghalang kemaraan penyerang Kelantan, Norhasrul Idlan Thalaha (tengah) dalam saingan Liga Super di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.
JUARA PIALA FA, Kelantan gagal meneruskan momentum kemenangan apabila sekadar seri 0-0 dengan Johor FC pada saingan Liga Super 2012 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

Walaupun menguasai saingan awal babak pertama dengan serangan bertali arus, barisan Bojan Hodak gagal memecah benteng tuan rumah, sebaliknya, Johor FC hampir berada di depan pada minit ke-17 apabila tandukan Mohd Riduwan Maon hasil hantaran Jasazrin Jamaluddin ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.


Pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus garang apabila cuba memecah kebuntuan dan anak buah Sazali Saidon sekali lagi berpeluang mengejutkan pasukan tangga kedua liga itu tetapi tandukan Arthur Hendrique pada minit ke-70 singgah di palang.

Kedua-dua pasukan menggandakan asakan pada 10 minit terakhir tetapi gagal, sekali gus menyukarkan skuad Lebah yang berhasrat untuk keluar daripada kelompok bawahan.

Kelantan kekal di tangga kedua Liga Super dengan 38 mata, di belakang Lions XII yang sudah bermain lima perlawanan.

Sumber : Bharian
Oleh : Oleh Badrul Kamal Zakaria

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nie lh jd nyer lau pndg rendah ng kelab bawahan liga..kite kene serius setiap prlawanan xkire lh lawan ng team mana skalipun lau nk maju jauh gk..lawan kuat atau pun lemah kite tetap kene serius..anggp seriap prlawanan adalah FINAL

Prettywrite berkata...

mujur seri..:)
letih jugok players pung main mace robot doh hor..keno pehe jugok fans pung..holoh2..:p

Tanpa Nama berkata...

apakan daya main 3 ari sekali.ini bukan pandang rendah pasukan bawah tapi pemain nampok letih dooh dah.hungga nak cabut betis dah.Johor fc plak macam main bersungguh2 bila jumpa kelate mau buat upset.mujur dah seri . Kenapa pengadil memberi masa kecederaan terlalu sedikit iaitu 2 minit padahal kecederaan terlalu lama.Masa kecederaan tak habis lagi pengadil tiup dah wisel dan ketika itu kelantan tgh menyerang.