19 Dis 2011

Dua Stadium satu Score Board

Penyokong-penyokong bolasepak Kelantan dilihat paling bertuah andai 'impian' untuk memiliki stadium baru yang lebih selesa bakal menjadi kenyataan.Selepas ini penyokong-penyokong tidak perlu memikirkan tentang masalah untuk mendapatkan tiket-tiket perlawanan serta tidak perlu lagi berasak-rasak untuk memasuki stadium.

Isu stadium baru menjadi topik hangat apabila Kerajaan negeri yang telah mengumumkan bakal membina Stadium The Red Warriors di Bukit Merbau,Pasir Puteh.

Namun KAFA melalui presidennya TSAM juga telah mengumumkan bahawa bakal mendapat Stadium Baru yang ingin dinamakan sebagai Stadium Sultan Muhammad ke V.Stadium tersebut bakal dibina dengan peruntukan dari kerajaan pusat.

 Lakaran Stadium yang bakal dibina di Bukit Merbau ,Pasir Puteh
     
Lakaran Stadium Sultan Muhammad ke V
Persoalanya akan menjadi kenyataankah pembinaan kedua-dua Stadium ini sedangkan keperluan Stadium Sultan Muhammad ke IV yang bakal digunakan untuk saingan Liga Super dan AFC tahun depan masih lagi terbantut kerja-kerja naik tarafnya gara-gara kerenah orang politik yang tak habis-habis berpolitik!!!

Papan Tanda Elektronik yang dijanjikan masih lagi tidak dibina,insiden tuduh-menuduh berlaku antara pihak-pihak tertentu.Andai permasalahan ini tidak diselesaikan dengan kadar segera Kelantan mungkin terpaksa bermain diluar Kota Bharu dalam saingan Piala AFC nanti.

Ini sudah pasti merugikan penyokong-penyokong TRW yang berada di Kelantan walaupun hakikatnya penyokong TRW memang ramai diluar Kelantan terutamanya di Lembah Klang.

Oleh itu lupakanlah 'persengketaan politik' demi memartabatkan bola sepak Kelantan,Kami penyokong TRW mahukan Stadium Sultan Muhammad ke IV di naik taraf dengan kemudahan-kemudahan seperti tandas yang lebih bersih serta mempunyai papan tanda elektronik.

3 ulasan:

Imran@Copenhagen berkata...

Alhamdulillah. Kelata akan dapat stadium baru nampaknya. Cantik jugak designnya. Bagusla. Surau tu kena la buat besar sket

Rakyat Kelantan berkata...

Seluruh rakyat Kelantan, khususnya peminat bola sepak, menyambut baik cadangan kerajaan negeri untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan. Dimasa yang sama KAFA melalui Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, juga telah mengumumkan bahawa KAFA akan membina sebuah stadium bolasepak baru di Kota Bharu. Sebagai rakyat Kelantan saya berpendapat Kelantan tidak memerlukan dua stadium besar dalam masa yang sama. Mungkin 10 atau 20 tahun lagi kita memerlukannya. Tapi buat masa sekarang memadai kita tumpukan pembinaannya untuk sebuah stadium dahulu. Saya percaya peruntukan stadium yang dicadangkan oleh kerajaan negeri itu lebih besar kerana ianya bukan untuk sukan bolasepak sahaja bahkan untuk sukan-sukan yang lain. Saya berpendapat tapak di Bukit Merbau itu kurang sesuai kerana letaknya terlalu jauh dari pisat bandar Kota Bharu, sedangkan sebahagian besar peminat bolasepak adalah dari penduduk Kota Bharu. Ada baiknya peruntukan Kerajaan Negeri itu digabungkan dengan pembinaan stadium yang dirancangkan oleh KAFA di Kota Bharu. Kerajaan Negeri boleh menggunakannya untuk pembelian tapak stadium baru itu, seperti di Bandar Baru Tunjung, sementara pembinaan stadium itu dibiyaii sepenbuhnya oleh Kerajaan Pusat. Dan stadium itu haruslah diubah cadangannya bukan khusus untuk sukan bolasepak sahaja tapi ianya adalah sebuah komplek sukan yang serba lengkap yang bertaraf antarabangsa yang boleh menyediakan untuk sebarang acara sukan peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan lain perkataan, komplek sukan itu adalah milik bersama Kerjaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Tanpa Nama berkata...

Колхоз дело добровольное
!!!