Oleh Mohd Nor Asri Yaacob B.Harian
2011/10/16
THE Red Warriors akur dengan kehebatan musuh tradisinya Terengganu
selepas hasrat juara bertahan itu mempertahankan kejuaraan terkandas di
suku akhir apabila tewas dengan agregat 3-5 selepas suku akhir kedua
Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam
kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata
Kelantan perlu menerima hakikat mereka gagal melangkah ke separuh
akhir, sekali gus terlepas peluang mempertahankan trofi berprestij yang
dimenangi julung kali tahun lalu.
Menurutnya, Kelantan perlu menghormati kemampuan Terengganu dan anak
didik pengendali skuad Peteh, Irfan Bakti Abu Salim layak menerima
penghormatan untuk ke peringkat seterusnya.
“Kita perlu menerima hakikat gagal ke separuh akhir dan saya ucapkan
selamat maju jaya kepada Terengganu. Kelantan sudah mencuba yang terbaik
namun pihak lawan berjaya menghalang hasrat Kelantan, malah mereka
(Terengganu) bermain dengan baik,” katanya selepas tamat perlawanan di
Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, kelmarin.
1 ulasan:
irfan bakti to se ko beri bakti kpd negeri tumpah daroh....
Catat Ulasan