KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam mengumumkan Peter James Butler dilantik sebagai ketua jurulatih baharu The Red Warriors bagi musim 2012 berikutan pengunduran Datuk M. Karathu.
Kembalinya jurulatih berusia 45, kelahiran Halifax, England itu sekali gus menamatkan spekulasi siapakah calon yang layak menggantikan Karathu.Kepulangan Butler ke bumi Cik Siti Wan Kembang diibaratkan seperti "Sirih pulang ke gagang" kerana beliau pernah melatih Kelantan pada tahun 2009 serta pernah membawa pasukan tersebut ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 1990.
Pengumuman pelantikan Butler dibuat oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam satu majlis memperkenalkan barisan kejurulatihan Kelantan untuk musim 2012 yang menyaksikan Butler bakal bergandingan dengan bekas pemain Kelantan era 90-an iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin sebagai pembantu jurulatih.
Annuar berkata, kembalinya Bulter ke Kelantan bakal memberikan variasi baharu buat pasukan dalam menghadapi musim yang lebih mencabar.
"Kita tidak mahu membuang masa dalam misi kita untuk musim hadapan. Persiapan awal perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan cabarannya cukup getir untuk dilalui oleh Red Warriors. Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan ahli majlis KAFA serta bekas jurulatih sebelum ini iaitu B. Sathianathan dan Karathu.
"KAFA banyak menerima cadangan calon yang dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Karathu. Tapi kita telah mengambil kira pengalaman yang ada pada Butler dalam mengharungi Liga Malaysia," katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu, Annuar memberitahu Kelantan akan mula menjalani latihan pusat di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu bermula 1 November ini, selain menguji seorang pemain import dari Belanda iaitu Jean Black.
Sementara itu, Butler ketika ditemui berkata, kembali melatih Kelantan merupakan sesuatu yang cukup menggembirakan dirinya selepas hampir dua tahun meninggal pasukan tersebut.
2 ulasan:
Your first assignment Mr Butler, please choose the best imported players.We don't want to waste our money to buy underperforming players who look good in test matches but play badly throughout the next season.
Welcome back Mr Butler!
It's really a cool and useful piece of info. I am happy that you shared this helpful information with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.
Here is my blog post :: natural cellulite treatment
Catat Ulasan