Malaysia 1(Safee Sali)
Singapura 1
Akhirnya semangat Harimau Malaya terkubur digelanggang sendiri gara-gara aksi hambar pemain-pemain negara.Mujurlah kecemerlangan penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan maruah Malaysia yang hampir dicalar oleh Singapura malam ini.
Beliau menjadi wira negara malam ini apabila berjaya mengawal pintu gol negara dari dibocori lawan walaupun tewas sekali gara-gara kelekaan pemain pertahanan.
Perlawanan malam ini sebenarnya mengajak kita untuk berfikir mampukah skuad yang ada ini untuk pergi lebih jauh dengan pertahanan yang begitu longgar.
Kita baru sahaja menentang pasukan negara jiran iaitu Singapura tetapi sudah gagal,belum lagi bertemu pasukan-pasukan dari Asia seperti Jepun,Korea Selatan,serta pasukandari Timur Tengah.
Kita baru sahaja menentang pasukan negara jiran iaitu Singapura tetapi sudah gagal,belum lagi bertemu pasukan-pasukan dari Asia seperti Jepun,Korea Selatan,serta pasukandari Timur Tengah.
Mampukah kita untuk menyaingi 'kemajuan' bolasepak negara-negara tersebut?Ada hikmahnya kita tidak layak kepusingan kedua kerana jika kita layak mungkin kita bakal menjadi pasukan belasahan.
Selepas perlawanan ini K.Rajagopal perlu memikirkan samada skuad ini akan kekal seperti sedia ada atau perlu dibuat rombakan.K.Rajagopal perlu menyerap pemain-pemain senior bagi menguatkan benteng pertahanan kerana pengalaman dari mereka cukup berharga ketika perlawanan segenting ini.
Pinjam kata-kata Tan Sri Annuar Musa dari facebooknya...
2 ulasan:
Salam..
Ambo ado saing2 ore Kelate duk serumoh maso ngaji di Universiti dulu..
Terubat rindu Ambo pado saing2 Ambo bilo menatap laman Penyokong Red Warriors neh..huhu..
Tp Ambo x mampu nk kecek deghah jd ambo guno BM jer..hehe..
Kegagalan ini sebenarnya adalah satu proses yg amat bagus utk kita krn ianya membuka ruang utk kita membuat analisa..
Sedangkan utk membebaskan Kota Constantinopel pun memerlukan percubaan kesebelas kalinya utk mejayakan misi pembebasan itu..
Kita memiliki kepantasan utk bermain diperingkat antarabangsa ttp masih kurang ramuan utk menundukkan lawan sejiran kita..
Itulah kenyataannya apabila kita ketiadaan pemain2 spt Matyo dan Syafiq Rahim membuktikan kita perlu melahirkan lbh ramai lg pemain berpengaruh spt Matyo dan Syafiq Rahim pd masa akan dtg..
Hantaran2 kita kurang kemas,mudah dibaca lawan dan kurang imaginasi di bahagian tengah..
Bahagian meadfield nyata didominasi oleh pemain2 Singapura dan jika tidak krn kecemerlangan Khairul Fahmi,mungkin kita akan mengalami kekalahan dgn jaringan lbh besar..
Kita terburu-buru dlm membuat hantaran,tiada hantaran2 through ball yg meyakinkan dan gol yg dijaringkan oleh kita pun hanyalah disebabkan oleh salah faham pemain Singapura dlm membaca tindakan pengadil..
Peliknya kita gemar membuat hantaran jauh sedangkan kita maklum bahawa ianya menguntungkan pertahanan Singapura krn mereka memilik ketinggian utk mematahkan hantaran bola tinggi..
Kita tidak berani menyimpan bola krn gemuruh lalu hantaran2 kita tidak kemas dan byk error..
Clearence kita pun tidak mencari pemain sendiri menunjukkan tahap EQ dan IQ org2 yg sedang tertekan..
Terima kasih kpd Singapura krn mededahkan kekurangan kita dan menariknya gol penyamaan mereka dihasilkan dari tendangan gol dan hanya memerlukan tiga sentuhan sahaja..Inilah perbezaan ketara Standard pemain2 Singapura berbanding kita yg kelihatan struggle utk bermain sebagai satu unit yg padu..
Isu penggunaan pemain2 import oleh Singapura adalah tidak relevan utk diungkit krn Peraturan Fifa membenarkanya melalui proses pemberian Kerakyatan..
Pelawanan ini menunjukkan kita masih memerlukan tenaga dan kepimpinan pemaian2 Senior pd posisi2 yg kritikal krn harga pengalaman akan terbayar disaat perlawanan2 yg genting spt ini..
Kita nyata tiada kontigensi plan apabila kita kehilangan pemain2 utama dan kepercayaan kpd pemain yg semakin mengecil bilangannya akhirnya memakan diri..
Inilah harga yg perlu dibayar atas kegagalan utk memikirkan kemungkinan2 yg bakal berlaku spt kecederaan berulang yg menimpa Aidil yg diharapkan cergas ttp berundur awal krn kegagalan kem Fisioterapi menetukan status kecederaan pemain2..
Safee Sali nyata tidak mendapat umpanan2 berkualiti dari Feeder sedia ada dan sy dpt membayangkan jika Amri Yahya menjadi pilihan altenatif apabila Abdul Hadi gagal berfungsi dan kemasukan Ahmad Fakri kurang membantu apabila beliau sendiri tertekan beraksi sehingga dilayangkan kad Merah..
Semoga insiden ini memberi pengajaran kpd beliau dan memberi kesan positif kpd kemajuan dirinya dimasa hadapan..
Apa pun Khairul Fahmi tetap pemain terbaik dan sy hairan mengapa kudratnya tidak digunakan di Singapura pd perlawanan pertama krn Sarbini Alawi jelas kurang inisiatif utk merebahkan diri dan menyebabkan Malaysia bolos dgn banyak gol di Singapura..Jika kem Malaysia mendakwa beliau cedera mengapa pula beliau diturunkan pd game menentang Liverpool?
Pd sy jelas ada permainan politik yg ketara dlm kem Malaysia dlm hal ini dan minta maaf jika ianya sekadar syak wasangka sy..
Kita boleh melihat dgn ketara perbezaan kualiti yg dimiliki Khairul Fahmi dlm situasi2 genting..
Semoga pusingan Kelayakan Piala Dunia ini memberikan pengajaran berguna kpd semua pihak..
Kpd kelompok2 yg gemar bermain politik dlm perkara2 yg melibatkan masa depan sukan negara,nikmatilah hasil air tangan anda sendiri krn Jutaan penyokong menjadi saksi dan jika ianya tidak mampu utk menginsafkan kelompok2 ini,masa depan bolasepak Malaysia akan tetap muram..
Fakta:
1.Sepanjang liga super 2011 berjalan pasukan yg paling kuat pertahanannya adalah Kedah (bolos 20 gol) diikuti Kelantan (bolos 21 gol). Tetapi TIADA seorang pun pemain drp kedua-dua negeri ini dlm barisan utama pertahanan Malaysia.
2.Sepanjang liga super 2011, 2 penjaring terbanyak adalah Hadi & Matyo.seterusnya diikuti Manaf Mamat, Piya, Ashaari & Indra Putra.Namun pemain2 ini semuanya TIADA dlm senarai atau TIDAK diturunkan.sebaliknya pemain2 tengah dan sayap Malaysia TIADA seorang pun berada dlm kelompok 5 penjaring terbanyak Liga Super. Pemain tengah & sayap amat penting bagi memberi gol selain berharap kpd 2 penyerang kita iaitu Safee & Hadi.
....renung2kan dan selamat mereneung.....
Catat Ulasan