Pada perlawanan Liga Super Kelantan menentang Kedah khabar 'duka' diterima penyokong-penyokong Kelantan yang sering membawa anak ke Stadium untuk menonton perlawanan melibatkan TRW apabila pihak KAFA mengumumkan akan mengenakan tiket bagi kanak-kanak.Sebelum ini kanak-kanak dibenarkan masuk tanpa membeli tiket.
Pengumuman KAFA ini mencetuskan banyak persoalan kepada KAFA kerana ada yang mendakwa KAFA cuba meraih keuntungan lebih sedangkan Stadium sentiasa penuh dengan penyokong.
Apa tidaknya jika kita lihat kebanjiran luar biasa penyokong Kelantan pada perlawanan menentang Kedah jumaat lalu sehinggakan penyokong terpaksa 'menonton' perlawanan tersebut didalam terowong atau laluan masuk ke Stadium.
Ada juga yang bersetuju dengan pendekatan KAFA ini kerana ianya boleh 'mengurangkan' kebanjiran kanak-kanak yang masuk secara percuma dan ini 'melegakan' sedikit ruang untuk penonton dewasa yang terpaksa 'berpaut' dipagar ekoran tiada tempat duduk.
Difahamkan KAFA akan mula mengeluarkan tiket kanak-kanak ini bermula perlawanan Piala FA menentang Selangor 16 mei ini.
5 ulasan:
lagu ni ore panggil 'menagguk di air keruh'. kalu x stuju, kito pakat boikot next game.
setahu ambo tkt knk2 baru rm3 je....baru ambo gi kelih jfc-klate hnyo rm3 sahajo....dukocitonyo raso ambo..harak pihak kafa pertimbangkan isu tiket kanak2...
bagi ambo bukan masalah besar isu tiket ni,,harap maklum le ni kiro nak support kafa dan kerajaan negeri,,duit tak g mano pun,,cuba fikir nak bayar gaji,bonus dan levi stadium ,,sekarang ni semua benda kena bayar x ado yg free..hatta nak ko jamban pun kena keluar duit,,jika nak free tgk tv ajo,,tapi astro pun kena bayar weh..sbg cth kat tempat kAWE SEREMBAN NI..tiket cuma RM 8 je murah tu,,tapi org g stadium x ramai pun sekangkan kat kelantan mahal org g tengok juga,,so kita nak bayar game yg class kena keluar duit,,duit pun utk pasukan kelantan juga,,jgn dok kiro,,,
ado betul pandangan demo..,kalu lah stadium kito besar isu ni xtimbul rasonyo
saya setuju dgn pendapat Saudara Hisyam Said.buat apa nak berkira dgn duit, KAFA ada tujuan tertentu buat mcm tu...TRW tetap unggul!!
Catat Ulasan