5 Mei 2011

Beri Norshahrul masa: Karathu

‘Saya akan berbincang untuk kenal pasti punca dia kemarau gol’

KELIBAT penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang kebuntuan jaringan dalam aksi Liga Super sejak kebelakangan ini tidak mengundang rasa cemas buat jurulatih Datuk M Karathu.



Pembimbing skuad Red Warriors itu yang ditemui selepas aksi Johor FC-Kelantan kelmarin, menegaskan dia akan berbincang dengan penyerang kebangsaan itu bagi mengenalpasti punca kemarau Norshahrul sejak beberapa perlawanan lalu.

“Tidak timbul sebarang masalah jika Norshahrul masih buntu menjaringkan gol namun saya perlu berbincang dengannya bagi memastikan punca sebenar dan cari jalan terbaik untuk meningkatkan corak permainan penyerang ini.

“Ketika Norshahrul bersama skuad kebangsaan, pemain itu sering diletak selaku penyerang sokongan kepada Safee Sali dan semestinya dia perlukan masa untuk mencari kesesuaian apabila beraksi sebagai penyerang utama untuk Kelantan,” kata Karathu.

Mengulas kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor FC, Karathu mengakui persembahan kesebelasan utamanya agak longgar terutama pada babak kedua apabila dipaksa bekerja keras mengekang asakan tuan rumah.

Menurutnya, faktor keletihan serta jadual perlawanan yang padat menyebabkan pemainnya gagal beraksi pada tahap memuaskan, malah terpaksa membuat pertukaran pada babak kedua bagi mengimbangi corak serangan Johor FC.

“Walaupun sekadar menang tipis 1-0, ia cukup bermakna untuk kekal di tangga teratas liga,” kata Karathu. 

Oleh Rizar Mohd Noor,Bharian

8 ulasan:

Nik Zulkhairi berkata...

mungkin kena ubah posisi mat yo, jadi backup kpd rojo. please jgn bagi excuse jadual padat, team lain pun jadualnya sama padat dgn kita. dah fed up dgr perkataan 'jadual padat'.

Tanpa Nama berkata...

cadangan :

khairul fahmi
daudsu farisham subra ropi

shakir
chanturu izuan solah

piya
matyo
rojo

Tanpa Nama berkata...

Yang jadi masalahnya bila pemain lain dapat bola dia x tau nk passing,cuba buat skill atau gerakan yang bahaya..tidak seperti, mat yo bila dapat bola dia akan cuba buat gerakan yang bahaya..@ skill yang baik...tapi gerakan yang di ciptanya x dapat di baca oleh pemain..

daynike berkata...

ramai yg kontrol mat yo, sebab tu la dia payah nk bergerak,dia dah jd target man pihak lawan

wakkiro berkata...

tak dok matyo,payohwei nok menrancang strat...apopun dio,piya,chanturu,roya adolah yang terbaik loni.......

wakkiro berkata...

so lagi....kalu ado 10 ore mache matyo...pasuke malaysia ado can layok ko pialo dunio............

Tanpa Nama berkata...

ni rasanya dari akhbar berita harian, saja je nak bagi tekanan kat mat yo.. padahal dia dah jaringkan 11 gol. kenapa tak tulis ramai lagi penyerang negeri lain yang masih buntu nak jaring gol.

Tanpa Nama berkata...

biasa la akhbar....walau mat yo xsumbat gol dio ttp dperlukan sbgai 'target man',jd org lain blh gerak bebas....