KOTA BHARU – Bagi bekas penyerang Liga Super Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan tempoh rehat selama setahun setengah cukup memeritkan dalam sejarah karier bola sepak beliau apabila terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan lutut yang serius.
Kecederaan yang dialami pada pertengahan tahun lalu, memaksa karier bola sepak beliau bersama Kelantan terhenti seketika sementara kehebatannya selaku penyerang muda yang disegani suatu ketika dahulu tenggelam begitu sahaja.
Muhammad Ramzul Zahini, 23, mula menyarung jersi Kelantan selama dua tahun (2006-2007) mewakili skuad Piala Presiden Kelantan sebelum menjadi peledak utama Kelantan pada 2008 di bawah bimbingan jurulatih Kelantan ketika itu, Norizan Bakar dan tahun berikutnya beliau bermain untuk Kelantan di bawah kendalian Peter James Butler.
Beliau mengalami kecederaan lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) setelah bertembung dengan pemain pertahanan Negeri Sembilan, Ching Hong Aik dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Kota Bharu yang berkesudahan Kelantan tewas 0-1 dalam perlawanan itu.
“Bermula musim baru tahun depan, saya berazam menunjukkan prestasi terbaik kepada pihak pengurusan bagi memastikan saya terpilih membarisi kesebelasan utama pemain Kelantan.
“Saya sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Walaupun ada sedikit perasaan gerun ketika beraksi terutamanya dalam perebutan bola dengan pemain lawan rentetan kecederaan tersebut, saya berharap perasaan sedemikian akan lenyap sedikit demi sedikit tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, bukan mudah untuknya memikat hati jurulatih dan pihak pengurusan dan dia akan berusaha keras untuk merebut tempat sebagai penyerang utama musim depan. Penghijrahan dua penyerang utama Kelantan musim ini, Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli mungkin memberi sinar baru kepada pemain berasal dari Wakaf Baru itu.
“Pemain muda Kelantan bukannya tidak berbakat. Kita mempunyai ramai pemain seperti Nizab (Ayub), Zamri (Ramli) dan Zul Yusri (Che Harun) yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang. Mereka menjadi aset penting kepada Kelantan.
“Cuma kadang-kala rezeki belum memihak kepada pemain-pemain muda seperti kami ini. Saya berharap tidak lagi dibayangi oleh pemain regular selepas ini. Ini peluang terbaik saya untuk kembali bermain bersama Kelantan setelah berehat panjang.
“Saya terpaksa berehat panjang sepanjang musim ini bagi memastikan benar-benar pulih daripada kecederaan sementara dalam aksi Liga Malaysia musim ini saya langsung tidak beraksi kecuali dalam kejohanan Sukma di Melaka pada Jun lalu membantu Kelantan mara ke peringkat suku akhir,” katanya," katanya.
Ketika ini, Muhammad Ramzul Zahini dipinjamkan mewakili Kelantan dalam saingan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 yang sedang memasuki fasa saingan suku akhir. Walaupun hanya menjaringkan satu gol daripada empat perlawanan yang diharungi ketika ini, tetapi sentuhan beliau masih lagi berbisa mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan.-Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan