JUARA baru Piala Malaysia, Kelan- tan dikatakan hampir pasti kehilangan khidmat Hairuddin Omar yang merupakan salah seorang penjaring gol perlawanan akhir Piala Malaysia ketika menentang Negeri Sembilan, 30 Oktober lalu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, pemain kelahiran Terengganu yang menyarung jersi The Red War- riors sejak awal musim ini disebut-sebut akan menandatangani kontrak bersama pasukan Negeri Sembilan untuk musim depan.
Bekas penyerang kebangsaan itu dikhabarkan menerima lamaran daripada Negeri Sembilan dan ia dikatakan agak lumayan sehingga menyukarkan dia menolaknya.
Bagaimanapun Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dikatakan masih memberikan masa kepada Hairudin untuk memikirkan keputusannya itu sehingga majlis menandatangani kontrak baru pada malam Ahad ini.
Menurut sumber itu lagi, Kelantan masih memerlukan khidmat Hairudin untuk membantu mereka mempertahankan kejuaran Piala Malaysia pada musim depan biarpun ada pihak yang melihat beliau sudah berada di penghujung karier.
“Kita telah menawarkan kontrak baru kepada Hairudin selepas kontraknya tamat sebaik sahaja saingan musim 2010 berakhir.
“Bagaimanapun, kita tidak mampu menahannya untuk berhijrah kerana Negeri Sembilan dipercayai menawarkan kontrak yang lumayan,” kata- nya ketika dihubungi semalam.
Hairuddin yang menyarung jersi Kelantan sehari sebelum pintu perpindahan musim lalu ditutup mengejutkan semua pihak kerana sebe- lum itu beliau telah membantu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009.
Bagaimanapun, dia membalas kepercayaan pengurusan dan peminat apabila menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan menarik setelah ketinggalan seawal minit ke-12 permainan sebelum Badri Radzi menjaringkan gol kemenangan untuk Kelantan.
Kemenangan tersebut menamatkan penantian selama 89 tahun Kelantan untuk mendakap piala berprestij itu.
Selain Hairuddin, beberapa pemain lain juga dikatakan telah dipancing oleh pasukan lain termasuk ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan selain penyerang Norfarhan Mohamad yang dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran daripada T-Team.
Dalam pada itu, tiga pemain musim ini, Che Hishamuddin Hassan, Sarudy Aziz dan Halim Napi telah digugurkan daripada skuad The Red Warrior bagi musim depan.
Dalam perkembangan lain, Annuar menyatakan kesediaan untuk terus menerajui KAFA musim depan.
3 ulasan:
Begitulah hok patut.. cari pelabur dari syarikat2 besar. Tak perlu mengharapkan peruntukan jutaan ringgit dari Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri Kelantan bukan kaya raya macam Kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor tapi rakyat hidup di sini tak tertekan dengan kos hidup di Kelantan. Mampu bayar tiket bola walaupun mahal sekali pun
yup betul...cumo apa yang kita harapkan KAFA dapat bekerjasama dengan Kerajaan negeri dalam membngunkan bolasepak dinegeri Kita ini...Berat sama dipikul..ringan sama-sama dijinjing
jadi janganlah nak menyalahkan atau mengharapkan kerajaan Negeri Kelantan utk bagi peruntukkan yang tinggi semata-mata nak mendapatkan khidmat pemain yang terkenal dan handal.
Catat Ulasan