28 Okt 2010

Cuti atau tidak?

Menjelang pertemuan Kelantan menentang Negeri Sembilan yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 oktober ini sebilangan besar penyokong Kelantan yang berkerja gelisah kerana kerajaan negeri belum memutuskan untuk memberi cuti umum sempena perlawanan akhir ini.

Golongan pendidik iaitu cikgu menaruh harapan besar agar cuti umum dapat diberikan kerana mereka terpaksa pulang tergesa-gesa kerana pada hari ahad difahamkan peperiksaan akhir tahun akan dijalankan.Hendak tak hendak mereka terpaksa pulang juga selepas perlawanan jika cuti tidak diberikan.

Dari cakap-cakap ada pihak mengatakan kerajaan negeri akan meluluskan cuti jika Kelantan menjadi JUARA Piala Malaysia...Jadi pemain-pemain perlu memberikan persembahan serta komitmen sebaik mungkin dan memastikan Piala Malaysia dapat dibawa pulang ke Kota Bharu!!!

Kami penyokong Kelantan memohon jasa baik Tok Guru MB agar dapat meluluskan cuti pada hari ahad ini.Jasa baik Tok Guru amat kami hargai..

Takbir!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika tarikh mengundi Galas dibuat pada hari cuti, sudah tentu cuti peristiwa khas untuk final piala malaysia dapat di beri oleh kerajaan negeri

Tanpa Nama berkata...

yap ,..ambo sokong..lagi pong dah final exam budak2....kesian pulok...

biasanya kalau mari kl x kan terus balik..mesti lepak sari dua dulukan.. x logik nak balik terus

semoga selamat datang ke kl dan selamat pulang ke kb ngan piala malaysia

takbir 3 x

nik

Tanpa Nama berkata...

tahniah abe satia bawak piala ke kb

nik