Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 21 April: Kerajaan negeri Kelantan bersetuju memansuhkan bayaran cukai hiburan yang tertunggak ke atas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerusi hasil jualan tiket perlawanan bola sepak kira-kira RM250,000 sejak tahun 2003. Bayaran tersebut perlu dijelaskan oleh persatuan kepada kerajaan negeri sebanyak lima peratus menerusi hasil jualan tiket sebagaimana mengikut Enakmen Hiburan Kawalan Tempat-Tempat Hiburan 1998. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata mesyuarat exco hari ini bagaimanapun memutuskan pemansuhan bayaran tersebut hanyalah sehingga perlawanan 12 Mac lalu. Katanya, bermula dari perlawanan Liga Super malam tadi, KAFA tetap perlu membayar cukai hiburan lima peratus sebagaimana yang disyaratkan. Jelasnya lagi, cukai hiburan yang belum diselesaikan KAFA sejak 2003 sehingga sekarang berjumlah lebih RM 250,000 akan dikira sebagai sumbangan daripada kerajaan negeri kepada KAFA. “Pada tahun lepas KAFA mengutip RM 2,755, 056 hasil jualan tiket dan perlu membayar cukai hiburan lima peratus sebanyak RM 137,752.80. “Tahun ini pula, sehingga malam tadi, mereka membuat kutipan sebanyak RM 1,284,842 dan sepatutnya membayar RM 64, 242.10 Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri memutuskan KAFA tidak perlu melangsaikan cukai yang dikenakan sehingga perlawanan 12 Mac lalu dan cukai lima peratus itu, bagaimanapun ianya hanya akan dikira semula bermula perlawanan malam tadi. Fatah berkata menurut Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan, apa-apa jenis pertandingan sukan antara apa-apa bilangan orang atau binatang adalah tertakluk di bawah takrif hiburan dan duti yang dikenakan itu dikuatkuasakan menerusi Akta Duti Hiburan 1953. Fatah bagaimanapun menjelaskan, pihak KAFA pernah membayar cukai yang sama pada tahun 2003 dan 2004, namun masih terhutang sebanyak RM60, 689. Oleh itu katanya tidak timbul soal terkejut dengan surat daripada Perbendaharaan Negeri yang membuat peringatan mengenai cukai lima peratus tersebut kerana ianya prosedur biasa yang perlu dipatuhi. “Sejak dahulu lagi dari masa ke semasa pihak kerajaan menghantar surat peringatan tentang cukai kepada KAFA. “Sebab itu saya agak hairan dengan tindak balas KAFA tentang perkara ini, kita tidak perlu berperang dan bukalah lembaran baru demi kepentingan sukan negeri ini,” katanya. Fatah memberitahu lagi, kerajaan negeri akan menghantar surat secara rasmi kepada KAFA mengenai pemansuhan hutang tersebut. Menurutnya, ini adalah sebahagian sokongan kerajaan negeri kepada persatuan khususnya bola di negeri ini. Sementara itu, Fatah mengucapkan tahniah kepada skuad Kelantan yang berjaya menentang Kuala Lumpur malam tadi dengan keputusan 3-0. Sehubungan itu, menurutnya lagi beliau terus mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Anuar Musa di atas kejayaan itu melalui system pesanan ringkas (sms). Media semalam melaporkan tentang rayuan daripada Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa agar kerajaan memansuhkan caj cukai hiburan tersebut yang dianggap sebagai keterlaluan. - harakahdaily.net |
21 Apr 2010
Kelantan hapus cukai bola sepak Kelantan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam perkenalan.. gomo kelate gomo
Catat Ulasan