10 Mac 2010

Kelantan digeruni dan diingini lawan

Setelah mengharungi lapan perlawanan liga super 2010 ternyata Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang paling ampuh pertahanannya kerana baru melepaskan tiga gol kepada lawan berbanding pesaing terdekat Terengganu yang sudah dibolosi empat gol manakala pendahulu liga super Selangor sudah melepaskan tujuh gol.

Rekod tersebut membuatkan pengurusan KAFA boleh tersenyum lebar setelah dua tahun tercari 'produk-produk' yang boleh diharapkan dibarisan pertahanan.Memiliki 4 penjaga gol hebat  iaitu Syed Adney,Halim Napi,Shahrizan dan penjaga gol utama piala presiden Khairul Fahmi ternyata pintu gol Kelantan sukar ditembusi lawan.

 Azizi Matt Rose permata barharga Kelantan

Kelantan juga bernasib baik kerana berjaya 'memikat' kereta kebal Perlis iaitu Azizi Matt Rose yang setakat ini cukup cemerlang dan memuaskan hati semua penyokong-penyokong Kelantan.Beliau tidak keseorangan dibantu oleh bekas pemain kebangsaan Subramaniam sambil Rizal Fahmi dan Daudsu juga beraksi cemerlang dan prestasinya boleh dibanggakan.Cuma aksi 'robos' dua lagi anak jati Kelantan Farisham dan Zairul Fitri sedikit merisaukan penonton.

Jentera tengah kelantan juga tidak kurang hebatnya kerana memiliki dua permata berharga iaitu Badri Radzi dan Shakir Shaari yang mempunyai skil mereka tersendiri ternyata mampu mengalas cabaran dan tugasan yang diberikan.

Apa yang memeningkan penyokong-penyokong Kelantan adalah jentera serangan Kelantan yang diketuai oleh Indra Putra,Farhan,Hairuddin,Akmal Rizal,NorShahrul,S.Chanturu serta Che Hishamuddin sekarang masih gagal menterjemahkan gol kepada Kelantan.

Mengimbau zaman liga perdana dua tahun lepas barisan penyerang Kelantan yang diketuai oleh penyerang profilik dari Senegal iaitu Mohamadou Mustapa cukup digeruni kerana berjaya menghasilkan gol setiap perlawanan.

Alangkah baiknya jika Kelantan sekarang mempunyai 'mesin gol' seperti Mohammadou sekarang.Mungkin Kelantan masih lagi berpeluang merangkul sekurang-kurangnya satu piala jika mempunyai pemain sehebat beliau.

Ketua Jurulatih Kelantan B.Sathianthan perlu mencari gandingan ampuh yang 'sesuai' sekarang memandangkan The Red Warriors bakal berdepan Red Giant jumaat ini di Kota Bharu.Usahlah diharap kepada pemain berstatus bintang tetapi tiada sinar bintangpun yang ditunjukkan mereka.

Aksi penyerang muda Kelantan Nizab Ayub cukup membanggakan ketika aksi dua perlawanan persahabatan  menentang Padang FC dan Balestier Fc dari Singapura.Beliau boleh di ketengahkan dan diturunkan menentang Selangor nanti.Apa yang diharapkan penyokong Kelantan jangan cepat 'memboo' beliau dan ini menyebabkan prestasinya tidak seperti yang diharapkan.

Pasukan-pasukan yang bersaing dalam liga super ternyata tidak sabar untuk bertemu Kelantan kerana ingin mencuba sejauh mana kebolehan pemain-pemain berstatus bintang Kelantan.Mungkin penyebab ini Kelantan gagal untuk mencipta kemenangan kerana aksi yang ditunjukkan pasukan yang bertemu Kelantan adalah luar biasa dengan komitmen pemain-pemain yang bersungguh-sungguh seperti yang ditunjukkan pasukan Kedah tempohari yang menyaksikan Kelantan kalah dengan gol cuai dari Syed Adney.

Apa yang diharapkan selepas menharungi lapan perlawanan liga super tiada lagi istilah 'tidak serasi' dalam pasukan Kelantan kerana alasan tersebut boleh diterima jika kempen liga super diperingkat permulaan dan bukanya dimasa sekarang.

Tiada ulasan: