4 Feb 2010

Piala FA:Laluan berliku menanti The Red Warriors...

Piala FA tahun ini menyaksikan Kelantan mendapat 'bye' bersama Selangor dan peluang ini sudah tentu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh B.Sathianathan bagi membentuk persefahaman yang lebih baik diantara pemain-pemain.

Kelantan 'mungkin' dapat membalas dendam episod kekalahan memalukan kepada Kedah dalam liga super tempohari apabila di jangka akan bertemu Kedah sekali lagi pada pusingan kedua piala FA.

Apa yang menariknya jika Kelantan berjaya membenam cabaran Kedah pada pusingan kedua nanti Kelantan akan berhadapan dengan cabaran yang lebih mudah pada di suku akhir apabila berdepan pasukan 'kerdil' samaada UiTM FC,ATM atau Melaka.

Pasukan Terengganu dilihat sebagai halangan terbesar kepada Kelantan musim ini dalam kancah piala FA apabila dijangka bertemu Kelantan pada perlawanan separuh akhir.

Untuk menjinakkan anak-anak buah Irfan Bakti ternyata agak sukar bagi Kelantan namun dalam bolasepak apa-apapun pun boleh berlaku.Keputusan seri 0-0 di Kuala Terengganu dalam liga super bukanlah ukuran sebenar kekuatan Terengganu.

Jika Kelantan berjaya mengatasi Terengganu hasrat untuk memadamkan dendam kesumat pada piala FA tahun lalu akan tercapai kerana Kelantan 'dijangka' akan sekali lagi bertemu Selangor yang telah mengecewakan Kelantan pada pertemuan lepas yang menyaksikan Selangor menjulang piala FA dengan menumpaskan Kelantan melalui sepakan penalti.

Walaubagaimanpun hajat tersebut akan 'kesampaian' jika Selangor mampu bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Johor FC,Perlis,N.Sembilan,Harimau muda serta banyak lagi pasukan yang mungkin akan melakukan kejutan keatas Selangor.

Jika B.Sathinathan berjaya membawa cabaran Kelantan ke final piala FA dan seterusnya dinobatkan juara piala FA yang baru ianya sudah pasti menjadi bonus kepada semua peminat-peminat setia 'The Red Warriors' dan kepada rakyat Kelantan umumnya serta dapat menutup 'mulut' pihak-pihak yang lantang mengkritiknya sebelum ini.

Apapun perjalanan masih jauh dan peminat-peminat setia The Red Warriors sudah pasti tidak sabar-sabar melihat penampilan pertama skuad Kelantan dalam piala FA untuk tahun ini.Pasukan Kedah atau Sabah sudah pasti gemuruh untuk menghadapi 'skuad bintang' kendalian B.Sathianathan ini dan pasti sedang berkira-kira untuk menembusi benteng kental Kelantan nanti.

Tiada ulasan: