16 Feb 2010

Misi balas dendam...

Pertembungan musuh tradisi Kelantan dan Kedah dalam pusingan kedua piala FA malam ini menjanjikan aksi dramatik kedua-dua pasukan.

Jika berjaya menewaskan Kedah malam ini misi membalas dendam ekoran kekalahan memalukan dalam saingan liga super ditempat sendiri tempohari pasti terbalas dan kemenangan jualah yang akan memastikan Kelantan selesa melayan kunjungan Kedah sabtu ini di Kota Bharu.

Menyandarkan harapan kepada 'skuad bintang' B.Sathianathan sudah pasti ingin melupakan episod malam di Kota Bharu tempohari.

Gandingan Norshahrul,Hairuddin,Norfarhan serta Indra Putra sekali lagi menjadi harapan penyokong-penyokong Kelantan yan bersemangat merentasi banjaran titiwangsa bagi memberikan sokongan kepada Kelantan.

Dibarisan tengah Kelantan mempunyai dua pemain yang cukup untuk menjadi perancang utama diketuai Badri dan dibantu Shakir yang setakat ini tidak menghampakan penyokong Kelantan.
Pertahanan Kelantan sekarang dikira pertahanan paling ampuh dalam liga super tahun ini selepas pasukan Pelrlis kerana hanya melepaskan 3 gol dalam tujuh perlawanan.

Diketuai oleh pertahanan kental serta pakar lontaran jauh Kelantan Azizi Matt Rose dan dibantu oleh Subramaniam,Farisham,Zairul Fitri serta benteng terakhir Kelantan mungkin menjadi milik Syed Adney pertahanan Kelantan dilihat tiada masalah untuk mengatasi penyerang-penyerang Kedah.

Kelibat penjaring terbanyak liga super setakat ini Azlan Ismail perlu diberi perhatian serius kerana beliau adalah duri dalam daging kepada Kelantan sekarang.

Mungkin Azlan mempunyai 'agenda' sendiri dan ingin memalukan Kelantan sekali lagi setelah berjaya menjaringkan gol cuai tempohari yang menyaksikan Syed Adney terpaksa 'mengantung but' untuk seketika bagi meredakan kemarahan penyokong Kelantan.

Selain Azlan Kedah juga mempunyai pemain-pemain berbahaya seperti Badrol baktiar serta Faizal Abu bakar yang telah membuktikan kehebatan mereka sebelum ini.

Skuad bimbingan Ahmad Yusof ini dilihat dilandasan terbaik dengan prestasi pemain berada dikemuncak dan sudah pasti ingin merealisasikan impian penyokong-penyokong mereka membawa Kedah ke final piala FA setelah kempunan ekoran 'kehilangan' import-import berbisa mereka ekoran peraturan baru FAM.

Oleh itu kemenangan harus dicari sebagai bekalan selesa melayan kunjungan sang Kenari sabtu ini dan menjadikan Stadium Sultan Muhammad bergema dengan sorakan penyokong-penyokong fanatik Kelantan.

Barisan kemungkinan: Syed Adney, Farisham, Subra, Azizi, Ropi, Shakir, Piya, Indra(kp), Farhan , Hairuddin, Norshahrul.

Tiada ulasan: